Selasa, 12 Disember 2017

Trip Tunda, menjengah lokasi menebing di Tanjung Harapan..

Banyak trip pada bulan ini ditunda kepada tarikh lain yang lebih sesuai. Kesempatan ini saya gunakan untuk berjalan di darat meninjau lokasi menebing sekitar kawasan. Antara lokasi yang saya singgahi, Tanjung Harapan North Port..

Mentaliti masyarakat kita masih di tahap kurang prihatin, baik di laut atau di darat. Lihat saja sampah di situ yang bertaburan di atas batu, tiada siapa yang ambil peduli. 

Tinjauan berhampiran Medan Muara Ikan Bakar, terdapat bot usang berada di tebing yang saya rasa mungkin berisi ketika air pasang. Sisa bot tunda yang terbakar ini berada hampir dengan tebing.


 Beberapa pemancing yang saya temui, kebanyakannya tidak mendapat sebarang hasil ketika air surut. Kesilapan memilih umpan juga kadangkala dilihat sebagai punca utama joran tidak berusik sepanjang hari.



Kawasan ini saya perhatikan terdapat bunga karang yang masih kecil di atas batu. Namun tidak semua kawasan ini dihuni bunga karang ini. Sesuatu yang saya perasan, tiada tiram batu yang banyak seperti dulu. Batuan ini dilitupi lumut hitam yang licin.

Kemungkinan besar, salah satu punca lumut hitam ini. Namun ketika air pasang, lokasi kunci air ini kerap menghasilkan spesis baik kepada pemancing yang tau selok belok kawasan ini.

Di satu sudut pantai ini terdapat satu tiang Peken penanda. Di sini terdapat seorang pemancing yang berjaya menaikkan Tetanda bersaiz besar dengan umpan Perumpun. Ketika itu air pasang tinggi mula surut. Tiada lagi hasil lain setelah air mula surut sehingga petang.

Pohon Mengkudu ini sudah jarang ditemui. Ubat tradisional yang tidak ramai tahu khasiatnya..

Di hujung kawasan ini juga terdapat banyak kolam pancing berbayar. Antaranya boleh dilihat hanya di tepi jalan, di atas motor. Hampir sejam saya memerhati pemancing di kolam ini. Selama setengah jam, 4 ekor Siakap berjaya dinaikkan. Seorang lagi rakannya, berjaya mendapat 3 ekor ikan yang sama. Apa yang saya perhatikan, perambut yang digunakan adalah sepanjang 1 meter menggunakan pelampung.
Umpan Udang hidup yang dicangkuk pada bahagian ekor kelihatan menyapu dasar dan berada pada aliran kincir air di hujung sudut. Pelampung yang hanyut mengikut arus kincir tersebut mendatangkan hasil kepada mereka berbanding dengan pemancing lain yang berada berdekatan. Seronok juga saya perhatikan walau bukan saya yang memancing!