Selasa, 23 Julai 2024

Teknik bersauh dan berhanyut menggunakan udang Lipan.

 Jadual air sesuai untuk memancing Julai - September 2024








Semua trip bergantung kepada cuaca semasa, sila lihat dan rujuk ramalan cuaca sebelum turun memancing.

Isnin, 20 Mei 2024

Jadual Air Pasang Surut Pelabuhan Klang 2024

 





Suzuki 115hp 4 stroke, masalah air sumbat.

 Sejak menukar enjin pada bot besar(Aruz), banyak masalah baru telah timbul. Antara masalah paling kerap berlaku adalah sistem penyejuk air, sumbat. Disebabkan hal ini, enjin overheating(panas) dan tidak boleh digunakan.



Bot tidak dapat beroperasi dan kos meningkat. Kelajuan maksima boleh digunakan hanya sekitar 2500 ke 3000rpm sahaja. Jika lebih, enjin semput, overheating dan berhenti.

Salur air dari bawah tersumbat!

Puas kami cari apa silapnya dan dimana punca nya. Getah Impeler sudah ditukar, servis berbayar telah dibuat, namun masih sama. Setelah berbulan bersusah payah, akhirnya masalah berjaya ditemui.
 
 Rupanya saluran air besar ke salah satu paip air kecil, dipenuhi pasir yang entah dari mana datangnya. Oleh kerana sistem penyejuk air ini bersimpang siur, kami terpaksa memeriksa kesemua salur air berkaitan.


Lubang berkenaan terpaksa dibersihkan menggunakan dawai keras dan pancutan air yang kuat. Setelah bersih, enjin dihidupkan dan sisa pasir yg tersumbat, keluar sepenuhnya.


Salah satu punca masalah adalah penyambung T ini. Kerap berlaku tersumbat bila ada sisa kotoran seperti pasir, garam atau sampah.

Setelah semua selesai, enjin dibawa keluar dan aliran air berfungsi semula. Sehari selepas itu, bot beroperasi semula membuat perjalanan jauh selama 3 jam perjalanan. Masih ada saki baki sisa pasir yg keluar, tersangkut dihujung saluran, namun dipantau dan dibersihkan. Akhirnya masalah selesai dan kini bot dapat beroperasi semula sepenuhnya.

Sekadar informasi, pull starter 60hp rosak/pecah, cara baik pulih yg sesuai.

 Mercury 60hp seapro, kerap berlaku kerosakan pada bahagian penarik tali(Pull starter). Biasa nya bahagian pengikat skru belakang akan pecah dan patah. Satu lagi kerosakan yg biasa, tali starter putus. 

 

Kerosakan pertama biasanya berlaku apabila, skru pengetat bahagian belakang yg longgar, akibat pemasangan yg tidak sempurna. Samada longgar, tiada boost getah, washer kurang atau tidak sesuai. 

Saya pernah membahaskan hal ini didalam artikel dahulu, bagaimana punca kedua kerosakan ini boleh berlaku.

Skru utama ini menggunakan trip halus, manakala skru asal adalah trip kasar. Skru utama perlu ditukar dan diubahsuai. 


Amat sukar mencari barang ganti baru untuk bahagian ini. Anda perlu berhati - hati ketika membeli kerana kebanyakan yg berada di pasaran tidak sama dengan yg asli. Ada bahagian perlu diubahsuai supaya sama dengan yang asal.



Bahagian dalam perlu digunakan semula, tak perlu beli kerana ia masih boleh digunakan. 

Kepada sesiapa yang memerlukan alat ganti bahagian ini, boleh berhubung dengan saya.


Isnin, 1 Januari 2024

Selamat Tahun Baru 2024!

 Kedatangan tahun baru 2024 merupakan lembaran terbaru di negara kita. Banyak perkara berlaku dalam negara kita. Banyak suka duka yang berlaku terpaksa ditempuh dengan tekad dan kesabaran tinggi, berikutan keadaan ekonomi yang agak sukar diduga. Jika dulu, banyak artikal berdasarkan trip memancing memenuhi ruangan blog, tetapi kini berganti dengan kerja - kerja di air yang melibatkan bot. Kuasa wang ringgit dan nilai wang kita yang makin menurun, menyebabkan kegiatan rekreasi seperti penyewaan bot semakin berkurangan. Mungkin disebabkan hal demikian, orang awam lebih berhati - hati dalam berlibur diluar, yang kini lebih mengutamakan keperluan asas terlebih dahulu.

Dalam keadaan yg sukar ini, arah tujuan perlu diubah kepada yang lebih sesuai dengan keadaan semasa. Alhamdulillah, dengan usaha dan pengalaman yang ada, perubahan ini menjadikan kita lebih berilmu dan lebih berani menyahut cabaran. Banyak aktiviti lebih menjurus kepada kerja diutamakan. Bukan setakat di laut, terdapat juga aktiviti lain di darat seperti lombong dan tasik. Asalkan ia berkenaan dengan bot, ia boleh diuruskan.

Kepada semua rakan pelaut tidak kira dimana anda berada, dalam bidang masing-masing, sentiasalah menuruti peraturan dan undang-undang di laut bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Sayangi, hormati dan hargai nyawa anda dan orang lain.

Banyak hal sedih berlaku ketika tahun 2023 ini termasuklah bot rosak, bot sewa tenggelam dan kesilapan lain yang berlaku dalam menguruskan kerja. Walaupun perit dan sukar, namun ia terpaksa ditempuh dengan sabar. Pada tahun ini juga, penulis telah membuat perubahan hidup yang besar dengan membina rumahtangga untuk kehidupan yang lebih baik.

Semoga dengan apa yang berlaku dapat menambahkan ilmu dan menjadikan kita lebih kuat dalam menjalani kehidupan akan datang. Akhir kata dari penulis, Selamat Tahun Baru 2024!



Rabu, 29 November 2023

Kerja memotong sisa besi di bawah air.

 Kerja menanda, mencari dan memotong sisa besi bawah air telah berjalan dengan lancar dan selesai dengan baik seadanya. Kerja bermula dengan menanda lokasi sisa besi selama 5 hari, kemudian disambung dengan kerja memotong dan menaikkan sisa besi selama 5 hari.


Kerja bermula dengan menanda lokasi menggunakan pelampung berwarna. Semua kerja dibuat menggunakan khidmat penyelam dengan bantuan peralatan khas.


Peralatan seperti jenerator elektrik, peralatan selam skuba khas, diletakkan diatas pelantar khas yg terapung diatas lokasi kerja.


 Jumlah bot digunakan hanya 1 ketika proses menanda. Manakala 2 buah bot digunakan ketika proses memotong dan menaikkan besi tersebut.


Kerja yang cukup sukar ini berjaya dihabiskan dalam tempoh masa seperti dirancang.