Pernahkah anda terfikir dan mendengar ayat seperti ini?
" Kita kena kejar air, kalau terlambat habis lah"..
Apakah yang dimaksudkan dengan kejar air? Kebanyakan pemandu pancing berpengalaman tahu akan keadaan ini. Kemahiran membaca air ini akan menentukan kejayaan dan kegagalan sesuatu trip. Jadi bagaimana caranya?
Untuk kemahiran ini, anda perlu tahu cara membaca jadual air terlebih dahulu. Didalam jadual air, terdapat semua maklumat berkaitan, termasuklah waktu tepat air pasang surut dan ketinggian air pada jam yang tepat. Ketinggian air pasang akan menentukan keadaan arus samada laju atau perlahan.
Contoh, pada 19/3 paras ketinggian air pasang yang pertama adalah 4.2 meter pada jam 4.18 pagi (0418) manakala paras ketinggian air pasang kedua adalah 4.6 meter pada jam 4.53 petang (1653). Jika dilihat pada air surut pertama adalah pada jam 10.47 pagi dengan ketinggian 1.2 meter dan surut kedua adalah pada jam 11.11 malam (2311).
Untuk pengetahuan anda, sekiranya air surut kurang dari 1.5 hingga 0.5, ia dikategorikan sebagai laju dan keruh. Manakala air pasang pula sekiranya melebihi 4.5 hingga 5.5, ini juga dikategorikan sebagai laju dan keruh.
Bulatan merah diatas terdapat 1 hari yang hanya mempunyai 2 air pasang dan 1 air surut sahaja iaitu pada tarikh 20/3. Ini menunjukkan bahawa air pasang besar bakal berakhir dengan ketinggian maksima 5.0 dan air mula perlahan semula pada hari selepasnya iaitu pada tarikh 21/3. Arus akan mula perlahan berperingkat pada hari-hari berikutnya dan ketinggian paras air pasang akan berkurangan.
Dalam waktu pasang surut ini, akan ada satu waktu dimana arus akan berhenti seketika sebelum berubah dan ia dipanggil Air Balas. Samada air pasang ke surut, atau surut ke pasang, keduanya tetap mempunyai Air Balas. Sekiranya air surut ke pasang, ia dipanggil Air Balas Pasang dan jika sudah tinggi maksima kemudian mula surut, ia dipanggil Air Balas Surut.