Jumaat, 19 Jun 2015

Trip Sepanjang Bulan Jun

Pelbagai ragam manusia di darat, begitu juga dengan ikan di laut. Apa yang pelik? Bacalah artikel di bawah ni..

 Kerapu ini diperolehi di kawasan tangki air Pulau Ketam setelah 3 kali menukar posisi. Umpan Cabuk potong lebih menyerlah berbanding ikan Sardin yang biasa digunakan. Tangkapan pula berselang seli dengan Belukang bersaiz besar dan Kerapu Singa di ketiga-tiga lokasi. Ketika ini air menyorong kecil pertama dan separuh surut. Kerapu ini yang kami sangka Belukang besar, membuatkan kami tergelak besar sepanjang masa ia dinaikkan.


 Ikan baji ini pula lain ceritanya. Joran yg saya sangka diganggu ikan gelama rupanya seekor baji bersaiz besar sudah tersangkut sekian lama. Hasil dari anak ikan yang melompat masuk ke dalam bot saya jadikan umpan..

 Kaci atau Siakap merah di sauh sangkar hasil umpan kepala Sardin di cantum tiga!

 Umpan Sardin separuh, Tetanda kecil yang mengena..

 Ikan apa ni? Ikan ini kami perolehi di sekitar reba di tebing. Bukan Merah, bukan Tetanda..

 Penghuni tetap di mana saja kawasan memancing kami..

 Tebal Pipi ini berjaya dinaikkan ketika air mati dengan umpan udang hidup kolam yang digantung ketika arus tenang..Itu pun setelah lokasi terakhir sebelum pulang dan umpan udang yang banyak kami bawa. Tiada langsung tangkapan baik di lokasi sebelumnya.

 Yang ini lain pula ceritanya.. Umpan udang pasar yang kami bawa langsung tidak dijamah walaupun lebih 2 jam menunggu. Namun percubaan menukar umpan Sardin potong, terus mendapat sambaran seekor Senangin. Hanya kerana tersalah umpan, masa terbuang begitu saja. Oleh kerana menyedari bahawa umpan tidak sesuai, kami bergegas membeli perumpun dan mengejar air balas mati sebelum pulang ke pengkalan. Akhirnya Tetanda dan Tebal Pipi dia atas hasil terakhir sebelum senja menjelma.

 Ini pula hasil dari satu pusingan jauh, namun hanya seekor bagi setiap lokasi. Untung menggunakan bot kecil yang jimat minyak walaupun sedikit perlahan.

 Begitu juga halnya dengan trip ini. Ikan Merah yang kami perolehi berada di sangkar berumpankan udang hidup yang kami import dari kolam di Jugra. Tiada umpan lain yang di bawa namun oleh kerana jumlah udang 200 ekor akhirnya berjaya menghasilkan tangkapan di atas tanpa ada pembaziran langsung.


 Hasil ini diperolehi dengan umpan udang hidup yang telah mati, dikupas kulitnya. Udang hidup yang kami bawa langsung tidak mendapat sambutan sepanjang malam. Sepanjang malam kami hanya tidur di dalam hujan sehingga subuh. Namun akhirnya hasil berjaya di bawa naik dari subuh hinggalah ke siang hari.



Apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah..
  1. Udang kolam sebenarnya boleh digunakan di laut. Ikan tidak makan udang kolam sebenarnya karut. Jika anda perhatikan pada artikel di blog ini, banyak hasil baik yang kami perolehi hanya dengan udang kolam.
  2. Jumlah umpan yang banyak memberi kelebihan kepada situasi memancing anda. Kita akan lebih yakin dan tidak risau umpan habis ketika memancing.
  3. Pemilihan umpan perlu dibuat dengan sirius dan bukan melepaskan batuk di tangga. Sesuai mengikut lokasi, masa dan keadaan air. Begitu juga dengan teknik yang digunakan.
  4. Bekalan minyak yang mencukupi setiap kali anda turun. Lebih banyak minyak, lebih jauh anda boleh pergi dan lebih banyak lubuk yang boleh kita kunjungi. Masa juga dapat dijimatkan kerana bot boleh bergerak laju tanpa risau kehabisan bekalan minyak.
  5. Dengarkanlah nasihat pemandu pancing kerana hanya pemandu pancing saja yang tahu cara yang terbaik untuk anda!