Jumaat, 24 April 2015

Keadaan Air Sesuai Utk Memancing May 2015

Berikut kami senaraikan hari yang sesuai untuk memancing.
       
1         Air Menyorong Besar
2         Air Besar
3         Air Besar
4         Air Besar
5         Air Besar
6         Air Besar
7         Air Besar
8         Air Besar
9         Air Mengurang
10       Air Menyorong Kecil
11       Air Mati
12       Air Mati Tak Berarus
13       Air Mati
14      Air Menyorong Besar
15       Air Menyorong Besar
16       Air Menyorong Besar
17       Air Besar
18       Air Besar
19       Air Besar
20       Air Besar
21       Air Besar
22       Air Besar
23       Air Mengurang
24       Air Menyorong Kecil
25       Air Mati
26       Air Mati Tak Berarus
27       Air Mati
28       Air Menyorong Besar
29       Air Menyorong Besar
30       Air Menyorong Besar
31       Air Besar

Tarikh paling sesuai untuk memancing adalah sekitar 1, 9-11, 13-16, 23-25, 27-30

Semua informasi di atas sekadar petunjuk sahaja dan bukanlah tepat. Semuanya bergantung kepada cuaca, lokasi dan keadaan arus pada waktu yang dinyatakan. Paling penting rezeki dari Allah Ta'ala. Sedikit pengalaman sebagai pemancing di kawasan ini, kami kongsikan bersama anda.

Membersihkan teritip sambil membawa ibu memancing..

Teritip yang mula tumbuh melata di bawah perut bot memang membebankan enjin. Oleh yang demikian, kerja mencuci teritip ini adalah rutin bulanan saya. Kadangkala berteman kadangkala berseorangan. Kali ini saya membawa ibu sebagai peneman dan sebagai acara sampingan, memancing selepas selesai kerja.

 Tenaga yang banyak diperlukan untuk kerja sebegini. Sauh dilabuh terlebih dahulu supaya bot tidak bergerak sebelum kerja dimulakan. Namun bot akan tetap bergerak mengikut alunan air dan kadangkala kaki saya tidak jejak ke dasar. Jaket keselamatan pula saya gunakan sepanjang masa bekerja. Hampir 2 jam kerja dijalankan, dan setiap kali kerja pasti ada saja luka di jari. Teritip memang tajam dan boleh melukakan.

 Terdapat bot lain yang singgah di sini tetapi semuanya hanya berlabuh seketika. Mungkin tidak tahan dengan sangkut yang berpanjangan..

Selesai saja kerja dijalankan, air sudah surut separuh dan waktu paling sesuai mencari Perumpun. Setelah puas mengorek dan berpuas hati dengan hasilnya, kami terus ke lokasi memancing. Berbeza betul setelah bot bersih dari teritip. Jika sebelumnya tiada langsung kelajuan dan bunyi enjin yang kuat, kini lebih laju dengan hanya sedikit pulasan minyak.

Antara karang dan sisa besi yang kami naikkan ketika ini jelas menunjukkan bahawa ada penghuninya..

Lokasi kali ini, tapak kapal karam lama, Nort Porth. Kawasan ini sudah saya tanda untuk memudahkan pencarian. Lokasi ini hanya boleh ditemui ketika air surut pasang besar. Sukar menjejakinya ketika air mati lebih-lebih lagi waktu malam. Ketika ini air sudah mula mengurang dan agak perlahan. Cara memancing di sini juga perlukan sedikit kemahiran berlabuh. Kehilangan batu ladung dan perambut memang tidak dapat dielakkan. Tetapi jumlahnya boleh dikurangkan. Bagaimana?

Mudah saja.. Pendekkan perambut, guna perambut halus dan berlabuh di tempat selamat mengikut arus. Perambut halus akan dapat menyelamatkan batu ladung yang lebih mahal dari mata kail dan perambut pendek akan dapat mengurangkan tersangkut sekiranya ikan membawa lari umpan ke reba. Kedudukan bot juga harus selari dengan arus walaupun ada gangguan angin. Dengan kata lain, anda memancing di sekeliling kapal tetapi bukan di atas kapal.

 Yang kecil..

 Yang besar..

 Hasilnya hampir 10 ekor Semilang dinaikan sekitar 1.4kg hinggalah sebesar lengan. 4 Tetanda dan selebihnya Gelama. Sehingga umpan yang terakhir, kami pulang pada jam 5 petang ke pengkalan. Walaupun masa memancing tidak panjang, tetapi hasil memang boleh dikatakan baik.



Ahad, 19 April 2015

Trip PD Komando_sg, Acid dan Eboi

Setelah sekian lama dengan pancingan dasar, Jemik, Acid dan Eboi kini beralih kepada pancingan jigging pula. Beberapa trip telah diatur sebelum ini dan hasilnya pula sangat memuaskan hati. Pada ketika ini, lokasi jigging di Port Dikson adalah lokasi yang terbaik setakat ini.


 Lokasi pancingan ini berada di kawasan sempadan Malaysia dan Indonesia. Kesemua spot yang telah dibawa oleh tekong memang berisi. Hasil seperti Tenggiri dan Talang adalah biasa. Jika bernasib baik, Jenahak atau Merah turut masuk ke dalam kotak ikan. Bot yang dinaiki mereka juga agak laju dan selesa.


 Hasil tangkapan Eboi..

 Jika mereka ni dah bersama dalam satu bot, memang habis lah ikan kat kawasan ni..

 
 Keseluruhan hasil selama seharian di laut. Dari kiri Acid, Rakan Eboi, Eboi dan Komando_sg@Jemik

 Kesemua tangkapan telah dijual semula kepada Tekong dan sedikit sahaja dibawa balik sebagai lauk masing-masing..

 Punyalah besar ikan yang mereka dapat, tapi yang kecil ni juga jadi hidangan..

Trip bermula pada 8 pagi dan berakhir sekitar jam 5 petang. Seperti biasa, hidangan petang menutup tirai trip hari ini.

Jumaat, 10 April 2015

Trip Menimba Ilmu, Menyusuri Sungai Langat Ke Muara Jugra

Pantai Kelanang merupakan penghujung Sungai Langat melalui Jugra. Satu lagi cabang menghala ke Port Klang, lokasi spot Tirusan yang biasa saya kunjungi. Namun jarak perjalanan ke sini amat panjang menyusuri sungai dari lokasi rumah kami. Pada kali ini, saya dan Komando_sg merancang untuk melalui sungai ini hingga ke muara Kelanang dengan menggunakan sampan 16 kaki dan enjin 30 Hp milik Jemik.


 
Tujuan trip ini dijalankan adalah, untuk menguji penggunaan minyak, jarak dan masa dari lokasi kami hingga ke Pantai Kelanang. Di samping itu, kami juga bercadang melabuh jaring di muara luar. Bertolak pada jam 7.30 pagi, dengan membawa jaring, 2 tong minyak, 1 tong ikan dan bekalan makanan sekadar yang ada saja. 

Lokasi Banting..

 Jambatan Pulau Karey..

 NGV Tech..

Batu Hampar Jugra

 Perjalanan ini mengambil masa 1 jam 20 minit melepasi Banting, Telok Bunut, Jenjarom, Kg Sawah, Chodoi seterusnya Batu Hampar. Pada trip yang lepas, Jemik telah berjaya sampai ke muara bersama 2 orang rakan, namun kekurangan ilmu menyebabkan trip tersebut gagal. Tapi kali ini, kami hanya berdua dengan misi tersendiri.

 Tongkang membawa besi kerap kali di lihat melalui sepanjang sungai ini. Tongkang milik Kilang besi ini membawa muatan besi dari kapal yang berlabuh di kawasan Paloh 1. Lokasi menghanyut dan Apollo Cencaru yang biasa kita dengar.

 
 Beberapa ilmu baru kami dapat pelajari di sini. Salah satu daripadanya, tentang tumbuhan yang banyak tumbuh di kawasan ini mengikut kemasinan air laut. Jika di kawasan hulu, terdapat banyak pokok Berembang, di kawasan payau berhampiran laut, pokok nipah banyak terdapat disini. Jumlah ikan patin yang bermain juga semakin berkurangan jumlahnya. Ketika menghampiri simpang 3, terdapat banyak ikan Belanak di sepanjang sungai ini.

 
 Satu lagi pelajaran baru untuk kami. Semua sampah seperti pokok nipah hanyut, kayu balak dan sebagainya dilihat sepanjang sungai tetapi tiada satu pun yang lepas ke laut. Ini menunjukkan bahawa sungai kita merupakan zon penampan sampah sebelum menghala ke laut. Kemungkinan besar, sampah ini tidak sempat dibawa arus dan berulang alik hanya di dalam sungai. Bagai nak gila tekong mengemudi bot mengelak kesemua sampah ini!

Ketika sampai di Muara Kelanang, air sudah surut. Tanpa membuang masa, jaring dilabuh di kawasan pantai. Kami lah satu-satunya bot paling kecil ketika ini. Kebanyakan nelayan disini menggunakan 21 kaki atau lebih. 

 
 Air masuk melalui belakang bot ketika melabuh jaring..

 Setelah melabuh jaring, kami hanya berehat dan menjaga kedudukan bot supaya selari dengan angin dan ombak. Bot sekecil ini, tidak boleh menempuh ombak dari belakang. Cara melabuh jaring juga perlu berhati-hati supaya air tidak masuk ke dalam bot. Hal ini tidak kami perhatikan dengan baik sehinggalah ia berlaku dan sepantas kilat kami mengubah strategi. Satu pengalaman baik untuk di kongsi bersama. Jika di dalam selat, jaring di labuh mengikut arah tiupan angin. Di sini, peraturan ini tidak boleh digunakan.

 Lokasi menjaring kami juga agak unik namanya. Kawasan ini di panggil Beting Perak. Beting ini sangat luas jaraknya dan mempunyai banyak ikan. Hasil seharian melabuh jaring, Talang, Tirusan, Senangin, Tenggiri, Bawal, Ketam, Gelama dan ikan kecil hampir memenuhi kotak ikan kami. Setelah air mula naik, kami bergerak semula ke hulu untuk perjalanan pulang bersama arus pasang.

Sekadar Informasi..Udang Kawin??

Maksud udang kawin ini ialah umpan udang hidup yang dicantum melebihi seekor dalam satu mata kail. Tujuannya adalah supaya umpan anda mudah untuk dihidu ikan. Teknik ini biasa digunakan untuk menjerat Senangin, Kurau, Jenahak atau Semilang di lubuk yang sesuai dengan umpan ini.

 Rupa udang kawin seperti di atas ini.. Samada 2 ekor atau pun lebih mengikut saiz udang dan mata kail. Teknik ini biasa kami guna untuk menjerat Jenahak kolam dan Kurau di dalam sungai.

Istilah ini hanya digunapakai oleh pemancing tertentu saja baik di laut mahupun di kolam pancing berbayar. Teknik ini juga boleh digunakan di paloh untuk menjerat Jenahak ketika air mati. Jika mengikut kata rakan yang biasa menggunakan tekni ini, kemungkinan besar udang yang digunakan kecil atau kurang nampak pada ikan besar. Sebenarnya udang atau sotong hidup akan menghasilkan cahaya ketika di dalam air yang gelap. Kemungkinan besar cantuman ini akan menambah daya tarikan sekaligus menarik perhatian ikan. Walaupun agak pelik, namun teknik ini memang berkesan, namun ia tidak sesuai pada anda yang suka menjimatkan umpan. Sekadar informasi, untuk anda..

Jalan-Jalan Ke Batu Hampar, Jugra..

Sesekali meninjau lokasi lama memancing, apa salahnya. Sambil jalan-jalan kita ambil angin santai. Tujuan sebenar saya berkunjung ke sini adalah meninjau lokasi baru untuk trip Selampai yang akan datang. Mengumpul maklumat tangkapan sekarang yang biasa di daratkan pemancing tebing di kawasan ini.

 Pokok ini mengunjur ke dalam sungai, tapi tiada siapa pun peduli. Bukan ini lubuk ikan ke??

Lokasi Batu Hampar, berdekatan Para Gliding dan Lapang Sasar menembak ini tidak banyak berubah. Masih ada tangkapan baik dinaikkan berdasarkan cerita pemancing di sini. Sambil menyelam, kita minum air.. Rupanya ketika air mati, spesis Selampai dan Tirusan masih banyak di sini. Jadi tidak hairanlah jika saiz mega yang berjaya diperolehi ketika menyampan di tengah sungai. Mungkin kedudukan ketika menyampan lebih baik dari menebing.

Salah seorang pemancing yang saya lihat di lokasi ini menggunakan Perumpun dan Udang Hidup. Tangkapan ketika ini hanya seekor Belukang dan Sesirat. Mengikut kata rakan ini, biasanya terdapat Ikan Tirusan di lokasi ini, tetapi hanya aktif ketika air mati, pasang tinggi dan mula surut. Hal ini di akui sendiri oleh Komando_sg@Jemik yang pernah menaikkan spesis mega di kawasan ini.

Blukang saiz asam pedas..

Satu lagi lokasi adalah di muara sungai yang terdapat tiang Peken dan sungai kecil. Dari jauh terdapat 2 jeti memancing yang saya hairan bila ia dibina. Nampak dari jauh seperti jeti memancing. Mungkin lah kot.. Dari jauh kelihatan bot sedang memancing dan tongkang besi yang kerap lalu lalang di kawasan ini. Sekitar tebing di sepanjang kawasan ini juga dipenuhi pokok bakau tumbang yang menganjur ke air. Jika dulu, kawasan ini terdapat banyak spesis Siakap dan Semilang ketika air mati pasang. Kawasan tebingnya juga agak terhakis dari kedudukan asal. Keesokkan harinya, saya dan Jemik berkunjung di kawasan pantai luar untuk melabuh jaring.

Trip En.Jin dan Rakan

Trip dua bot ini masih berada di kawasan muara dan berlangsung dengan dua bot serentak. Walaupun banyak joran digunakan, tangkapan tidak berapa baik kali ini. Hasil seperti di bawah..

Bot kedua bersama Tekong Suhaimi di laluan Selat hanya boleh dinaiki 3 0rang saja.

Pisang oh Pisang..Tapi kalau kena gaya dan masanya, cukup banyak di kawasan ni. Jenuh anda nak menyiangnya nanti..

Tetuka comel..

Tetuka Comel lagi..

Gelihati pun ada melihat telatah mereka ni.. Macam-macam karenah ada..

Dalam diam-diam, seekor Malung berjaya dinaikkan oleh bot kedua..

Hasil keseluruhan trip yang dipenuhi Gelama dan ikan lain..

Samada di luar mahupun di muara, kadangkala tangkapan tidak menentu dan tidak dapat dijangka. Namun keseronokan dan santai yang dicari, bukan hasil tangkapan sebenarnya.

Trip En Edy dan Rakan

Berkunjung ke muara kadangkala lebih santai berbanding dengan lokasi terbuka yang sarat dengan bot. Keadaan air yang tenang tanpa ombak besar sesuai untuk pemancing yang tidak tahan dengan gelombang. Jika kena pada tempat dan masa yang sesuai, ada tangkapan besar yang menanti..


 Contohnya Tirusan di atas ni. Udang hidup yang kami beri, Perumpun juga yang disambar. Mungkin faktor air yang jernih dan tawar menyebabkan ikan di sini kurang memilih umpan hidup..

Spesis lain termasuklah iakn Gelama Pisang, Gelama, Semilang dan Duri. Terdapat juga beberapa ekor Senangin Buih yang sudi menjamah umpan kami. Umpan Perumpun nampaknya lebih berhasil berbanding udang hidup yang kami suakan. Agak lama juga kami berlabuh di lokasi ini dengan hasil yang tidak seberapa ini.

Rabu, 8 April 2015

Sampan Layar Kayu Replika

Sampan kayu yang saya bina kali ini memang agak pelik sedikit. Pembeli mahu bentuk seperti kapal layar dan perlu siap dalam masa 4 hari. Memang sukar, tapi menyahut cabaran adalah lebih baik dari langsung tidak mencuba.

 Lakaran yang saya cadangkan seperti di atas, tetapi lain pula apabila siap.

 Papan tulang yang saya buat mengikut turutan lengkung papan.

 
 Di ukur berulang kali supaya sesuai mengikut lengkung. 

 
 Setelah di pasang pada tulang tengah, dipaku dan diikat pada pelantar. Tujuannya supaya tidak bergerak ketika papan dilentur.

 
 Kerja melentur secara paksa memang agak bahaya. Jika tersilap cara dan cuai, papan akan melenting kembali dan memukul anda. Hal ini pernah terjadi sebelum ini dan hasilnya saya tercampak ke bawah dan mengalami sedikit kecederaan. Yang memukul bukan sekeping tetapi 3 keping sekali! 

 Jika mengikut peraturan, sepatutnya kayu perlu dipilih yang lurus atau hampir lurus dan dilentur selama 2 atau 3 hari supaya kerja memasang lebih mudah. Ia juga mengelakkan papan pecah ketika dipaku akibat tekanan daya lentur papan tadi. Sukar saya nak diterangkan di sini. Hanya tukang kayu saja yang memahaminya.

 Oleh kerana papan yang dipilih secara teburu-buru, banyak yang tidak lurus dan hasil menjadi tidak sempurna.

 Tak macam layar pun.. 

 Akhirnya sampan layar ini siap pada hari ke empat dan diserahkan kepada pembeli yang berada di Kelang.