Selasa, 24 Februari 2015

Sekadar Informasi, Trip Pulau Ketam

Untuk makluman anda, semua trip ke Pulau Ketam/Sangkar akan dihentikan buat seketika hingga diberitahu kelak. Ini berikutan terdapat terlalu banyak trip kumpau pulang tanpa tangkapan sejak kebelakangan ini. Trip Muara dan Paloh saja yang akan dibuka sehingga diberitahu kelak.

Keadaan Air Sesuai Untuk Memancing Mac 2015

Berikut kami senaraikan hari yang sesuai untuk memancing.
       
1         Air Menyorong Besar
2         Air Menyorong Besar
3         Air Menyorong Besar
4         Air Besar
5         Air Besar
6         Air Besar
7         Air Besar
8         Air Besar
9         Air Besar
10       Air Besar
11       Air Mengurang
12       Air Menyorong Kecil
13       Air Mati
14       Air Mati Tak Berarus
15       Air Mati
16       Air Menyorong Besar
17       Air Menyorong Besar
18       Air Menyorong Besar
19       Air Besar
20       Air Besar
21       Air Besar
22       Air Besar
23       Air Besar
24       Air Besar
25       Air Besar
26       Air Mengurang
27       Air Menyorong Kecil
28       Air Mati
29       Air Mati Tak Berarus
30       Air Mati
31       Air Menyorong Besar

Tarikh paling sesuai untuk memancing adalah sekitar 1-3, 11-13, 15-18, 26-28, 30-31

Semua informasi di atas sekadar petunjuk sahaja dan bukanlah tepat. Semuanya bergantung kepada cuaca, lokasi dan keadaan arus pada waktu yang dinyatakan. Paling penting rezeki dari Allah Ta'ala. Sedikit pengalaman sebagai pemancing di kawasan ini, kami kongsikan bersama anda.

Misi Banjir, Membina Rumah

Misi Banjir kali ini, kami membina rumah penduduk kampung di kawasan Serian, Kelantan. Misi ini dikendalikan oleh rakan-rakan pacuan empat roda yang saya sertai sebelum ini. Perjalanan masuk ke lokasi tersebut hanya sesuai dengan kenderaan pacuan empat roda dan berada jauh di pedalaman. Lokasinya berada di kawasan bukit dan hutan. Jalan raya yang digunakan juga agak kecil dan berbahaya.
Mendung berarak ketika pagi sebelum sempat kami memulakan perjalanan masuk ke kampung. Kami bernasib baik kerana cuaca cerah ketika kerja dijalankan dan hujan hanya turun pada waktu malam ketika ingin pulang.

Semua barang dibawa dengan kenderaan masing-masing termasuklah bekalan makanan untuk relawan dan penduduk kampung yang terlibat.

Rumah yang kami bina adalah rumah kayu yang lebih mudah dan ringkas sahaja. Hanya sebahagian saja yang sempat dibina dan tuan rumah akan menyiapkan selebihnya. Kami merasa agak terkejut kerana masih ramai yang tinggal di dalam khemah bantuan di kawasan ini. Rata-rata rumah yang musnah hanya tinggal tapak, separuh, atau jatuh ke lereng bukit.
Salah seorang Tukang, Abang Hussein membantu membuat ukuran sebelum tiang dipotong.

Rumah Abang Nas ini juga hanya tinggal separuh saja tanpa bumbung. Kami hanya berjaya menegakkan 3 batang tiang sahaja memandangkan waktu senja sudah hampir. Beliau adalah salah seorang yang masih menggunakan khemah bantuan.

Kepada rakan-rakan yang berkemampuan dan ingin menghulurkan bantuan untuk membina rumah-rumah ini, boleh lah tampil memberikan bantuan dan mendapatkan maklumat dari kami.

Trip Muara, Tebal Pipi

Trip muara ini disertai 3 orang ahli hanya di lokasi berdekatan sahaja. Memandangkan air masih laju dan keruh, tidak banyak lokasi yang boleh dikunjungi. Banyak ikan duri saiz kecil menghabiskan umpan kami sehinggakan ada pula yang tercedera terkena sengat. Walaupun tidak sirius namun sakitnya tetap akan dirasai.

Lokasi pertama dengan umpan Perumpun di reba pokok, 3 ekor Ikan Tebal pipi ini berjaya dinaikkan hasil kerajinan menunggu. Lama kami menunggu, akhirnya ada juga hasilnya.

Di lokasi kelima pula 2 ekor berjaya dinaikkan serentak. Saiznya lebih kurang sama dengan yang lain.

Hari memancing yang cerah namun angin kuat seringkali menghanyutkan sauh kami. Hampir setiap kali hanyut dan terpaksa berlabuh semula di lokasi yang sama. Keadaan memancing yang sukar juga mengganggu aktiviti memancing harini ini. Kami tiada pilihan kerana hanya di lokasi terakhir ini saja banyak ragutan kasar berjaya dinaikkan.



Saya juga hairan kerana jarang sungguh spesis ini dinaikan pada tahun lepas. Tetapi sangat banyak pada trip kali ini.

Saiz hampir sama namun jarak masa menunggu memang lama. Jika anda seorang pemancing yang cepat bosan, memang sukar memancing di sini.


Hasil keseluruhan, 23 ekor Tebal Pipi, Gelama, Tetuka dan Duri Pulut berjaya memenuhkan kotak ikan mereka ni. Trip paling berjaya awal tahun ini pulang ke pengkalan pada jam 6 petang kerana kehabisan umpan.

Trip Menimba Ilmu, Paloh 1

Kebanyakan trip yang kami buat hanya di dalam kawasan selat dan muara saja. Bukan tidak ada permintaan, tetapi ilmu dan kemahiran masih tidak mencukupi. Kali ini kami menguji umpan alternatif bagi menjejak spesis paloh yang menjadi idaman ramai, Jenahak.


Trip kali ini disertai Acid dan pekerja kedainya.

Sebagaimana yang kita tahu, sotong Kurita hidup adalah umpan wajib jika ingin memburu ikan ini dan anda juga tahu betapa sukarnya mendapatkan stok umpan mahal ini. Oleh yang demikian kami mencari cara lain yang boleh digunakan sebagai ganti kepada umpan yang sukar dicari ini.

Adakah anda tahu bahawa ikan Kembung, Sardin dan Sotong pasar juga boleh digunakan? Buktinya ada di sini.

Tetanda kecil yang meragut umpan sotong yang kami gunakan.


Seekor Jenahak yang saya perolehi dengan umpan Ikan Kembung yang dibuang kepala dan ekornya. Sotong Kurita mati juga boleh digunakan asalkan masih baik keadaannya. Ikan Kembung juga harus yang masih baik dan belum pecah perutnya. Namun umpan perlu kerap ditukar kerana ada banyak ikan kecil yang akan mengganggu. Ini adalah percubaan ketiga kami dengan hasil yang sama.

Membaiki Sampan Yang Lama

Satu lagi sampan 21 kaki kami yang rosak ketika dihantar melakukan kerja pembersihan telah dibawa pulang ke rumah untuk dibaikpulih. Kerosakan yang begitu besar menyebabkan banyak kerja baikpulih terpaksa dibuat. Sampan ini telah pecah dan tenggelam ke dasar sungai. Seramai 8 orang pekerja terpaksa bekerja keras menaikkan sampan yang karam ini ke tebing sungai sebelum di naikkan ke atas lori.

 Bahagian hadapan, bawah dan sisi yang pecah menyebabkan ia tidak boleh lagi terapung dan digunakan.

Sampan yang dulunya dugunakan untuk membawa trip, kini terdampar di sebelah rumah untuk proses baikpulih semula. Kos sewa yang di perolehi, tidak berbaloi jika difikirkan semula. Namun inilah risiko yang terpaksa ditanggung. Semua perniagaan mesti mempunyai risiko, termasuklah yang ini.

Lubang yang besar ini telah ditampal semula dan sudah boleh terapung. Namun ada banyak lagi yang perlu dibuat sehingga semuanya selesai. Harapan kami, sampan ini akan kembali boleh digunakan untuk mencari rezeki pada masa akan datang.

Misi Banjir, Bot Telah Kembali

Sebuah bot kami beserta enjin yang telah dihantar ke Kelantan tempoh hari telah selamat kembali ke pengkalan. Urusan penghantaran telah dibuat oleh Tuan Hj Yusuf, wakil dari syarikat yang menguruskannya. Kami merasa terharu kerana bot yang yang baru saja dibeli ini dapat digunakan sebaiknya untuk membantu mangsa banjir yang memerlukan.

Leganya bila dapat melihat kembali bot ni.

Keadaan dalam bot yang agak kotor dengan sampah dan lumpur tanah merah kesan dari kawasan banjir akhirnya dicuci bersih pada petang hari bersama pemilik enjin, Abg Emi.

Terdapat sedikit kebocoran pada bahagian hadapan, kemungkinan kesan pelanggaran objek keras. Keadaan biasa bagi mana-mana bot yang berada dalam kawasan banjir. Begitu juga tulang bahagian dalam yang pecah akibat bebanan berat yang dibawa. Semua kerosakan ini adalah minima dan boleh dibaiki semula.


Setelah enjin dipasang semula, sistem penyejuk agak kurang berfungsi kerana terdapat sisa tanah yang menghalang aliran air yang keluar. Setelah berbincang, enjin dibawa naik semula untuk dibawa pulang dan diselenggara. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membawa balik bot ini dan saya memohon seribu kemaafan kerana terlambat sampai ke pengkalan menyebabkan wakil yang menghantar menunggu terlalu lama.

Sabtu, 7 Februari 2015

Sampan Kayu Menjadi Meja

Satu permintaan pelik yang saya terima dari seorang kenalan baru, meminta saya mencipta meja berbentuk sampan yang mudah dibawa. Walaupun agak pening memikirkannya, hasil ciptaan berjaya juga di siapkan dalam tempoh 2 minggu.

Proses membina memang agak sukar, apatah lagi jika saiz bertambah kecil. Banyak kerjanya, caranya, tenungnya, hinggakan sehari cuma 3 papan saja yang dapat saya pasang. Memang pelik, tapi apakan daya, kerja seperti ini memerlukan ketenangan dan tidak boleh terkejar-kejar.

 Setelah siap, bahagian ini di pasang skru bagi memudahkan ia dijadikan 2 bahagian nanti.

 Setelah siap, barulah saya sedar inilah model tercantik yang pernah saya buat :)

Setelah siap dibina, sampailah waktu yg paling menyedihkan. Sampan ini akan dikerat menjadi 2 bahagian supaya mudah dibawa untuk digunakan. Agak berat rasanya hati saya untuk melaksanakannya. Maklumlah, sampan ini adalah yang tercantik bentuknya yang saya bina. Setelah puas merenung, akhirnya kerja memotong selesai juga.

 Proses pertama menggunakan grinder tetapi proses kedua dengan gergaji tangan. Ini kerana mata grinder tidak dapat menembusi bahagian dalam sampan. Susah ke nak potong bahagian ni?? Tuhan saja lah yang tahu...

 Beginilah bentuknya setelah di potong dua.

 Setelah siap semuanya, kaki meja di buat bagi memudahkan ia diletak dan kukuh dengan beban yang bakal di letakkan sepanjang hari digunakan.
 Kaki meja yang telah siap di syelek dan dirapikan

Semua papan penyambung telah diperkuat dengan skru khas supaya tidak terbuka setelah dipotong. Memandangkan kawasan yang dipotong adalah lengkungan kayu, paku tidak dapat menampung dan melekat dengan baik.

 Beginilah rupanya setelah siap dan telah selamat dihantar ke lokasi penerima.

Trip Januari

 Kebanyakan trip bulan Januari awal tahun ini agak hambar hanya dengan tangkapan kecil bawah 1 kg bagi ikan terbesar yang berjaya dibawa naik. Entah mengapa, ikan-ikan di trip bulan ini menyepi atau rezki yang tidak memihak kepada kami. Dari 6 trip yang turun hanya 3 saja yang berjaya dengan tangkapan gred A. Yang lain, hanya sekadar ikan Duri dan Gelama.

 Trip Encik Rahimi ini bernasib baik kerana umpan udang hidup yg dibawa membuahkan hasil. Kebanyakannya di kawasan reba pokok di pinggir pantai. Ketika ini air mati bergerak perlahan dan udang hidup sukar diperolehi.

 Salah satu tangkapan dengan joran selembut sutera :)

 Keseluruhan hasil tangkapan sepanjang hari memancing


 Ini pula hasil dari trip Encik Firdaus sehari selepasnya.

Trip sebelumnya terdapat juga kerapu dalam saiz yang baik, namun tiada tangkapan lain yg menarik.