Ahad, 13 Julai 2014

Trip 12/7 En.Faizal dan Adik-adik

Trip bertolak pada jam 9.30 pagi menghala ke kawasan sangkar Pulau Ketam. Di sertai seramai 5 orang adik beradik En.Faizal termasuk saya. Keadaan air besar ketika ini memang laju tetapi jernih di kawasan memancing. Kebanyakkan tangkapan dinaikkan menggunakan umpan ikan Sardin. Antara tangkapan di bawah, menjadi habuan pada hari tersebut.

 4 Kerapu, seekor Belukang dan seekor Sembilang. Semua Kerapu yg dinaikkan di lokasi sangkar ikan dan Semilang di muara sungai.

Salah satu tangkapan besar yang berjaya dinaikkan menggunakan umpan ikan Sardin seekor menggunakan 2 mata. 

Khamis, 10 Julai 2014

Menjejak Patin Di Bulan Puasa

Sampan 16 kaki milik Komando_sg telah pun dibersihkan dan di cat semula pada bahagian bawahnya. Buat pertama kalinya, kami turun menjejak Patin di sungai Langat menggunakan sampan ini. Jika dulu di laut, kini beraksi di sungai pula. Enjin 30hp yang digunakan memang cukup sesuai dengan sampan ini. Laju, pantas dan jimat minyak. Namun pengendalinya perlu lebih berhati-hati, dek kerana ada macam-macam yang terapung di permukaaan sungai.

 Turun memancing memang seronok, tapi bila nak angkat enjin memang agak memeritkan. Sudah di pasang, nanti balik angkat semula bila naik nanti.

 Bila bawah telah bersih dari teritip, daya tujahan akan bertambah laju tanpa halangan, sekaligus menjimatkan penggunaan petrol dan masa. 

 
 Seperti biasa, umpan terbaik di sini buah Berembang masak ranum yang berbau masam. Buah ni perlu di petik di pokoknya yang banyak terdapat di sepanjang sungai. Anda perlu berhati-hati kerana selain buah berembang dan burung, terdapat juga ular dan biawak kadangkala di atas pokok.

 Tanpa sauh, bot diikat di bawah pohon berembang yang rendang.

 Perambut yang digunakan adalah sepanjang 3 jengkal sahaja menggunakan mata tajam yang nipis. Mata ni mudah tersangkut pada mulut ikan Patin.


Keadaan air mula surut biasanya waktu sesuai untuk memancing ikan ni. Cari lokasi berarus dan cetek sedikit. Potong buah tadi kecil-kecil dan campakkan ke tengah sungai. Lokasi terbaik yang kami temui, menhasilkan 2 ekor ikan seberat 2 kg.


Hasil pertama setelah 10 minit menunggu. Hasil kedua juga berjaya dinaikkan selepas itu tetapi kecil sedikit dari yang pertama. Yang tak seronoknya, 2-2 tangkapan pada joran Komando_sg :) Untung saya dapat tarik sekor :) Kami pulang awal pada jam 6 petang ke pengkalan.

Ahad, 6 Julai 2014

Promosi Trip Memancing/Menjaring Bulan Julai 2014

Kepada yang berminat untuk turun memancing/menjaring pada bulan puasa sahaja!

Harga Rm250
4+1 Tekong
Umpan sendiri
8am-6pm
Laluan sekitar selat sahaja

Trip Menjaring Ketam

Harga Rm300
2+1 Tekong
Semua peralatan di sediakan
Makan/minum sendiri
10 malam hingga 12 tengahari
Tarikh sesuai 5-8, 19-23.

Bosan memancing, menjaring pula...

Malam minggu yang lepas saya dan komando_sg turun menjaring di kawasan selat. Alhamdulillah, rezki mencurah-curah masuk ke bot. Sasaran kali ini, Ketam Renjung atau Ketam Bunga untuk juadah berbuka puasa. Menggunakan jaring halus 4 1/2 inci, memang agak siksa untuk di turunkan. Oleh kerana hanya berdua, saya terpaksa bekerja keras mengemudi sambil membantu menurunkan jaring. Hati penat terubat bilamana melihat hasil ketika jaring dikarau naik.

 Bertolak turun ke pengkalan jam 10 malam, kami mula menyusun kemas jaring ke dalam bot. Oleh kerana jaring ini sudah lama disimpan, kerja menyusun jaring perlu dilakukan bagi memudahkan ia di labuh. Jaring yang berbelit boleh membahayakan kami jika tersilap langkah. Lebih-lebih lagi bila menggunakan jaring halus.

 
 Jaring setelah disusun akan memudahkan kerja ketika dilabuh nanti..

 
 Lampu yang agak terang diperlukan, maklumlah waktu malam.

Seronok dapat lihat saiz mcam ni. Tapi sedikit kemahiran untuk melepaskan ketam diperlukan. Jika tidak, tangan terluka atau jaring akan koyak. Nasib tak baik, langsung tak boleh keluar :)

 Jaring yang digunakan hanya 6 keping saja tetapi sudah cukup untuk menyusahkan kami. Separuh lagi terpaksa di tinggalkan di pengkalan. Jika terlalu panjang, kerja akan lebih sukar, lebih banyak masa dan tenaga di perlukan untuk melabuh dan mengarau. Almaklumlah, kami hanya hanya berdua.
 
 Komando_sg memerhati beting dari jarak jauh :)

 Ada nampak ketam tak??

Kebiasaannya, kami mengunakan teknik labuh dan tidur :) Apabila selesai melabuh jaring, biasanya kami akan berehat atau tidur-tidur ayam selama 1/2 hingga 1 jam sebelum mengarau jaring semula. Oleh kerana ketika ini air mati, keadaan arus yang perlahan membolehkan kami berehat lebih lama. Hujung jaring di letakkan lampu kelip bagi memudahkan ia dilihat bot yang lalu lalang di kawasan jaring. 

 

 
 Saiz ketam yang berjaya dinaikkan memang gred A!

 Setelah 3x jaring di labuh, waktu subuh sampai dan kami berlabuh seketika bersahur. Setelah bersahur, kami tidur sehingga pagi dan memulakan aktiviti ketika hari mula terang. Kebanyakan hasil berjaya dibawa naik ketika air pasang mula surut dan ketika surut mula naik pasang. Hanya kawasan tertentu saja yang menghasilkan ketam. Selain ketam, terdapat juga ikan kecil seperti Senangin, Selangat, Gelama, Duri dan Bawal. Kami pulang ke pengkalan pada jam 12 tengahari selepas 3x mengarau jaring. Hasil melebihi 20 kg termasuk ikan dan ketam.