Ahad, 27 April 2014

Keadaan Air Cantik Bulan Mei 2014

Berikut kami senaraikan hari yang sesuai untuk memancing.

1         Air Besar
2         Air Besar
3         Air Besar
4         Air Besar
5         Air Mengurang
6         Air Kecil
7         Air Mati
8         Air Mati Tak Berarus
9         Air Mati
10       Air Menyorong Besar
11       Air Menyorong Besar
12       Air Besar
13       Air Besar
14       Air Besar
15       Air Besar
16       Air Besar
17       Air Besar
18       Air Besar
19       Air Besar
20       Air Mengurang
21       Air Kecil
22       Air Mati
23       Air Mati Tak Berarus
24       Air Mati
25       Air Menyorong Besar
26       Air Menyorong Besar
27       Air Menyorong Besar
28       Air Besar
29       Air Besar
30       Air Besar
31       Air Besar

Tarikh sesuai untuk memancing adalah sekitar 5-7, 9-11, 20-22, 24-27.

Semua informasi di atas sekadar petunjuk sahaja dan bukanlah tepat. Semuanya bergantung kepada cuaca, lokasi dan keadaan arus pada waktu yang dinyatakan. Paling penting rezeki dari Allah Ta'ala. Sedikit pengalaman sebagai pemancing di kawasan ini, kami kongsikan bersama anda.

Trip 26/4 En.Zul dan Rakan

Trip kali ini hanya bertiga termasuk saya menuju ke kawasan sangkar dan sekitar sungai. Malangnya air sudah mula laju dan keruh. Hanya 3 lokasi yang membuahkan hasil, namun tidaklah sehebat yang diharapkan.

 Antara tangkapan kali ini, Merah, Kerapu, Semilang, Tetanda dan Tirusan.

 Ikan Gelama yang dii perolehi di laluan sungai Pulau Ketam dengan umpan Perumpun.

Kebanyakan hasil di perolehi di kawasan sangkar ketika air mula perlahan pada jam 6 petang. Sedangkan tempoh maksima memancing di kawasan sangkar sehingga jam 7 saja. Kawasan sangkar adalah kawasan larangan selepas itu. Terima kasih kerana sudi memancing bersama kami, jumpa lagi di lain kali.

Selasa, 22 April 2014

Trip 22/4 En.Hilmi dan Rakan

Trip bertiga ini masih lagi menjadikan kawasan sangkar sebagai medan pencarian. Hasil penantian selama 2 jam, akhirnya beberapa tangkapan kecil berjaya dinaikkan.

 Saiz ikan Gelama yang agak besar dari biasa berjaya dinaikkan menggunakan umpan ikan Kembung hiris.

Antara umpan yang digunakan ialah ikan kembung, Cabuk kecil, Sotong, Beliak mata dan Perumpun.

Tangkapan keseluruhan yang berjaya dinaikkan setelah seharian menunggu. Pada sebelah petangnya pula hujan dan angin kencang melanda kawasan Pulau Ketam. Oleh yang demikian, trip terpaksa pulang awal ke pengkalan.

Trip 21/4 En.Ghazali

Trip hanya berdua bersama En.Ghazali dari Subang menjejaki kawasan sangkar di Pulau Ketam. Lapan lokasi yang dikunjungi, hanya 3 yang berjaya menghasilkan tangkapan baik.

 Antara tangkapan yang menarik kali ini adalah, seekor Kurau melebihi 3 kg di kawasan laluan sungai laluan feri.

Hasil tangkapan keseluruhan sejak dari jam 9 pagi mengakhiri trip ini. Hujan gerimis sehingga senja menyambut kepulangan kami berdua.

Khamis, 17 April 2014

Kipas Keluli Mariner 30Hp Untuk Dijual

Kipas Stainless Steel
Saiz 11
Terpakai/Solas
Mariner 30Hp
Harga Rm180



Coil Elektronik Terpakai
Mariner 30Hp
Rm120


Karburator
Mariner 30Hp
Rm150


GearBox Long Shaft
Complete Set
Mariner 30Hp
Rm400

Kepada yang beminat untuk membeli semua komponen di atas, sila hubungi kami.

Isnin, 14 April 2014

Trip 12/4 En.Ali dan Rakan

Untuk trip kali ini, Ikan Pulutan mendominasi hasil tangkapan kami. Agak lama kami tidak bertemu spesis ini pada trip yang lepas. Ikan yang hampir menyerupai ikan Duri ini lebih sedap apabila dimasak.

 
 Nampaknye bot ni cuma selesa untuk 4 orang saja.

 Rata-rata berat bagi setiap ekor melebihi 500grm. Ada pula yg melebihi 1 kg. Daya tarikan memang kuat seolah ikan sisik cuma mematuk-matuk. 

 Selain itu, beberapa ikan lain seperti Semilang, Kerapu, Merah dan Tetanda juga berjaya dinaikkan.

 Sekali-sekala melarikan diri dari tekanan kerja yang sentiasa diharungi setiap hari. Walaupun tiada tangkapan besar, sedikit sebanyak terhibur dengan tangkapan yang tidak seberapa ini. Trip pulang pda jam 6.40 ke pengkalan. Terima kasih kerana sudi memancing bersama kami.

Khamis, 10 April 2014

Trip 5/4 En.Razali

Trip hanya bertiga saja melintasi beberapa lokasi sekitar Pulau Ketam. Terdapat banyak ikan Duri pada trip kali ini di mana saja kami berlabuh. Namun ada juga ikan baik di celah-celahnya.

Antara tangkapan yang berjaya dinaikkan, Kerapu, Merah Tetanda dan Gelama.

Keadaan angin kencang memburukkan keadaan dan menyukarkan aktiviti memancing kami. Trip bertolak pulang pada jam 7 ke pengkalan.

Trip 9/4 En.Umar dan Rakan

Trip turun sekitar jam 9.30 pagi dan terus menuju ke Pulau Ketam. Walaupun pada mulanya hanya tangkapan kecil dinaikan, akhirnya ada tangkapan baik berjaya diperolehi. Murah pula rezki mereka kali ini, tidak seperti trip kumpau sebelumnya.


Hanya kawasan sangkar menjadi lokasi utama memandangkan arus agak kurang ketika ini. Namun nasib mula menyebelahi kami apabila arus mula berubah. Umpan ikan Sardin kecil di potong dua disamping Sotong membuahkan hasil.


6 ekor Kerapu berlainan jenis hasil penantian dengan kesabaran. Joran kecil yang digunakan menambahkan aksi dan satu tarikan kasar berjaya melepaskan diri ke bawah sangkar. Joran kecil yang digunakan tidak mampu menahan tarikan dan mata kail terlucut dari mulut ikan. Trip pulang ke pengkalan pada jam 6.30 petang dengan hasil yang ada. Terima kasih kerana masih sudi memancing bersama kami.

Trip 6/4 En.Wan dan Rakan

Seperti biasa memancing memerlukan kesabaran dan bergantung pada rezki yang diberi. Jika murah rezki, banyaklah tangkapannya. Jika tidak, kuranglah hasilnya. Tidak banyak yang dapat dinaikan ketika trip mereka ni. Hanya kecil-kecil dan yag comel saja.

Ikan Tetanda di sekitar Sarang Lang..

Tetanda di Selat kering..

Tetuka kecil di lokasi sama..

Senangin kecil di lokasi sama..

Comelnya Tetanda ni..

Walaupun lokasi memancing nampaknya bagus dan menarik, namun tiada tangkapan baik berjaya dinaikan sehingga ke akhir trip. Sangkar, Selat mahupun ke tukun, masih juga kecundang. Terima kasih kerana sudi memancing bersama kami. Jangan serik dan jumpa lagi di masa akan datang.

Sekadar informasi, Teritip penyebab bot anda perlahan..

Teritip yang melekat di bawah bot boleh melambatkan pergerakan bot anda. Keadaan akan bertambah buruk apabila ia terlalu banyak. Selain penggunaan minyak yang berlebihan akibat daya tujahan yang terhalang ia juga boleh menyebabkan enjin anda mengalami kerosakan. Mengapa ini boleh terjadi?

Biasanya teritip akan tumbuh pada bawah bot dan bahagian sisi yang sentiasa terendam di dalam air masin. Ia akan lebih cepat membesar sekiranya mendapat sinaran cahaya yang cukup. Teritip akan kurang pada bot yang berada di atas pasir pantai. Dengan kata lain, sekiranya bot anda berada lebih lama di darat berbanding di dalam air, Teritip akan kurang. Begitu juga dengan bot yang diletakkan jauh di dalam sungai. Air tawar yang turun dari hulu ketika air surut, akan mengurangkan Teritip di bawah bot anda.

Permukaan bot yang rata dan licin, mengurangkan rintangan air ketika bergerak. Ini menambah kelajuan dan mengurangkan penggunaan minyak. Namun apabila ia di penuhi teritip, pergerakan air akan terhalang. Bot tidak akan dapat meluncur di atas permukaan air seperti biasa. Apabila pergerakan terhalang dan berat, enjin pula akan menerima tekanan. Enjin terpaksa bekerja keras akibat halangan yang berlaku. Berlaku peningkatan suhu dari yang biasa dan akan mengurangkan jangkahayat enjin anda.


Terdapat 2 cara bagi membuang teritip. Pertama, anda boleh menggunakan pelantar di pantai selepas bot anda di naikkan ketika air pasang. Samada diterbalikkan atau hanya di letakkan saja. Setelah itu, gunakan Scrapper atau alat khas sepertinya untuk mengupas Teritip dari permukaan bot. Setelah semuanya dibersihkan, proses boleh di teruskan dengan mengecat bot. Gunakan cat khas untuk bawah bot yang ada dijual di kedai perkakasan pertukangan. Tidak semua kedai ada menjual cat ini dan harganya juga agak mahal. Cat ini akan melambatkan pertumbuhan Teritip pada bot anda untuk jangkamasa panjang. Namun ia akan tetap juga tumbuh semula. Bezanya, kerja akan menjadi lebih mudah sekiranya ingin dibersihkan semula.


Cara kedua adalah dengan turun ke dalam air dan bot anda dalam keadaan terapung. Cara ini agak sukar dan berisiko terluka jika tangan terkena pada Teritip. Anda rasa dengan tapak tangan dan sodok dengan scrapper. Proses dilakukan berulang kali sehingga semua bahagian bersih. Hanya proses menanggal tanpa perlu di cat. Namun begitu keburukan cara ini ialah, Teritip akan cepat tumbuh semula berbanding dengan yang telah di cat semula. Ia juga akan lebih sukar ditanggalkan kemudian hari. Cara ini biasanya di aplikasikan pada bot yang sentiasa digunakan bagi menjimatkan masa.

Setelah kerja selesai dilakukan, anda akan merasai perbezaannya. Kelajuan akan bertambah sekitar 30% sebelum dibersihkan. Selain itu bunyi enjin yang kurang meneran dan penjimatan minyak yang ketara walaupun dengan beban yang biasa dibawa.

Memancing setelah selesai membuang Teritip..

Rabu, 9 April 2014

Trip 30/3 En.Amir

Ada yang suka memancing, hanya di kolam. Ada yang suka memancing hanya di tasik. Ada pula yang gemar memancing hanya di laut terbuka. Semuanya bergelar pemancing. Namun pemancing tegar tidak mengira di mana pun mereka memancing, asalkan ada tarikan walaupun kecil. Sekadar memenuhi hobi yang melapangkan fikiran. Kali ini giliran anak dan ayah memancing bersama.


Lokasi terdekat sekitar Pulau berhadapan pengkalan saja. 

Agak mencuit hati bila melihat telatah mereka berdua ni. 
 
Salah satu tangkapan yang berjaya dibawa naik setelah penat menunggu.


Kurau yang dicari, sembilang yang dapat dinaikkan. Jika melihat pada keadaan air, memang tidak sesuai untuk mencari spesis bersisik. Trip pulang kepengkalan seawal jam 1 tengahari.