Isnin, 27 Ogos 2012

Trip 26/8 Sampan Baru Samat

Memancing pada sebelah malam amat jarang saya buat kebelakangan ni. Penglihatan terbatas, banyak barang perlu di bawa, dan banyak tidur dari memancing. Namun semuanya kerana ingin menguji sampan dan enjin bot yang baru dibeli adik iparku Samat. Semua barang baru termasuklah bateri dan lampu pengelip :) Rezki kau lah Samat.

Pada trip kali ini saya, Samat dan Adiknya turun melalui pengkalan Chandayu Sg Chandong. Dah rasmi menjadi pengkalan rasmi kami di masa depan. Oleh kerana ketika ini air mati, kami membuat kesilapan kerana tidak menunggu untuk air surut. Bekalan udang pula cuma 60 ekor yang dibeli sekadar insuran yang sememangnya tidak mencukupi untuk kami bertiga. Meneruskan perjalanan ke tebing DryBulk Terminal, kami menjala udang di tepi pantai. Tidak sampai 10 ekor pun udangnya, perjalanan diteruskan ke Selat Kering. Tujuan utama kami ialah untuk menentukan tahap penggunaan myk bagi enjin tersebut.


Sampai di pintu keluar ke sangkar ikan, kami berhenti di simpang sungai untuk memancing. Tiada tangkapan selain seekor Gelama, Sesirat, Duri dan Baji. Menunggu tebing sungai muncul ketika air surut, menjala di alur sungai untuk bekalan udang. Hampa segalanya kerana hanya anak Belanak yang berjaya dijala. Tiada pilihan lain, kami bergerak ke luar selat menghala ke Tiang Kembar. Berhenti sejenak berdekatan sangkar terakhir, dengan baki udang yang ada, cuba mencari reba pokok tumbang. Oleh kerana lampu kurang terang, penglihatan amat terbatas, lokasi tak dapat dikesan. Cuma Duri dan Gelama dinaikkan, habis ikan semua ikan kecil kami potong jadikan umpan. Perjalanan diteruskan ke Tiang Kembar di sebelah tepi. Jika berdasarkan pengalaman saya, ketika air mati, tiang ni ada penghuninya walaupun air cetek. Berdasarkan umpan Belanak hidup, memang sesuai.


 Gambar ni saja yang berjaya sempat di rakam. Bateri semua kong..


Gambar tangkapan kedua kami..

Hasilnya setelah 1/2 jam menunggu, seekor Jenak P.Ketam berjaya dinaikan Samat. Nama Jenak P.Ketam saya beri sebab sebelah matanya buta. Kebanyakan ikan Merah nya juga mempunyai mata sebelah saja. Kecacatan genetik untuk ikan sangkar yang terlepas atau dilepaskan. Selepas itu giliran saya pula, sekor lagi ikan yang sama tetapi kecil sedikit bejaya dinaikan. Hampir 1 jam menunggu, sekali lagi umpan dilarikan ke tiang dan malangnya ketika kami sedang tidur. Tarik punya tarik, terlucut pula. Setelah menukar umpan dan balingan dibuat, sekali lagi umpan disambut dan terus ditarik pun terlepas sekali lagi. Keadaan berlanjutan sebanyak 2 kali di kedudukan sama. Peliknya, cuma umpan bersaiz 3 inci lebih saja yang disambar. Kecil dari itu, tiada sambutan.

Kesimpulan dari trip ini, enjin Mariner 30hp memang jimat. Dari pengkalan ke Warf, Selat Kering, pusing-pusing cari umpan, Tiang Kembar, kembali mencari umpan, kembali ke tiang 4 Sarang Lang, Muara Sg Labuhan Gurap, Dry Bulk Terminal, kembali ke pangkalan, hanya dengan minyak 1 tong berbaki 3 liter :)

Khamis, 16 Ogos 2012

Komando_sg dan Sampan barunya

Setelah sekian lama berusaha untuk memiliki enjin dan sampan, akhirnya berhasil. Kalau dah rezki, tak kemana. Sampan 10kaki/5.0hp ini berjaya di beli dengan harga yang berpatutan, dari orang kg ni juga, kenalan tempat kerjanya. Disini saya letakkan gambar nya.


 



Panjang 10 kaki lebih kurang la, lunas tapi sampan jenis ni agak kurang stabil kerana bahagian bawah bentuk 'V' dan ringan. Sesuai untuk tasik, sungai dan selat yang tenang tanpa gelombang. Setakat pengalaman saya enjin 15hp pernah turun di kawasan PortKlang masa dulu-dulu dengan sampan saiz ni.




Enjin 5.0 memang sesuai dan menjadi idaman dari dulu lagi. Walaupun kecil tetapi banyak memberi manfaat pada yang ingin penjimatan dalam kos minyak dan selenggara nya. Mudah dibawa dan tak perlu ruang besar untuk menyimpan. Kalau nak trolling dalam atau muara sungai sesuai sangat. Kemungkinan akan di ubahsuai menggunakan tangki luar jika boleh.

Jumaat, 10 Ogos 2012

Kisah ketam dalam perut ikan

Salam sejahtera kepada semua rakan pemancing. Pernahkah anda terfikir apakah makanan terakhir pada ikan yang telah anda tangkap? Mungkin ini dapat membantu anda.. Pada trip yang lepas saya telah membuat kajian tehadap tangkapan yang telah saya naikkan. Sekadar informasi dan ilmu untuk rakan pemancing lain, jom kita tengok apa yang ada dalam perut diorang ni :)

Ikan pertama, Kerapu yang saya perolehi Di tiang kembar.




Umpan yang saya gunakan Beliak mata. Ketika tangkapan dinaikkan, terdapat seekor sotong dalam mulut ikan tersebut. Panjang 3 inci berwarna putih, jenis sotong yang biasa jumpa kat pasar. Terdapat juga ikan Beliak mata di dalam perut nya, tiada benda lain. Kesimpulannya ikan ni memang memilih makanan.

Ikan kedua, Tetanda kecil






Terdapat seekor Kutu Parasit bewarna kuning dalam mulutnya. Kutu ni memang biasa terdapat pada ikan Tetanda, parasit ini melekap sambil menghisap darah dan membesar bersama. Kutu ni masih hidup walaupun sehari didalam ais. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat sisa ikan kecil, kaki ketam, dan ekor ekor udang. Tak padan kecik,semua nak makan.

Ikan ketiga, Sembilang

 


Ikan ini diperolehi di kawasan alur sungai kecil ketika air mula masuk. Umpan digunakan adalah udang kecil. Terdapat banyak sisa ketam kecil bewarna putih di dalam perutnya. Hampir kesemua isiperut ikan Sembilang ni ada ketam putih kecil ni. Jadi kesimpulannya, ketam ini memang menjadi santapan rasmi ikan selain umpan yang kita sajikan :) Untuk informasi anda, ikan ini berlonggok dalam alur sungai kecil ketika air mula masuk ke dalam sungai. Buktinya, banyak ikan Sembilang masuk ke dalam jala ketika menjala udang di kawasan tersebut.

Mungkin suatu hari nanti maklumat ini berguna pada anda. Manalah tau kot-kot terdesak dan tiada umpan untuk digunakan, boleh la carik ketam ni kat tepi pantai untuk dijadikan umpan :)

Ahad, 5 Ogos 2012

Trip 5/8 Ceria dan letih

Minggu ni turun bersama adik ipar dan sepupu sepapat pusing-pusing pulau. Bergerak selepas sahur dengan udang yang telah dibeli pada petang sabtu di Jugra. Saiz udang besar, 20sen kolam no 3 sebab kolam biasa dah pun habis bekalan dan benih baru je masuk. Kebetulan air pasang besar sebelah pagi dan hujan juga agak lebat. Sewa bot 40hp Rm150, minyak 2 tong. Setelah bertemu tuan punya bot dan mengemas barang-barang, kami menjala anak ikan sebagai insuran jika kehabisan umpan nanti. Agak banyak ikan Beliak mata dan Selangat di kawasan jambatan ini.



Ikan Selangat yang biasa kami guna sebagai umpan.

Setelah bersusah payah menyelitkan diri di bawah jambatan, almaklumlah air maksima tinggi hingga bot tidak dapat melepasi jambatan. Perjalanan diteruskan menuju lokasi dirancang iaitu Pantai Aceh. Malangnya, laut bergelora dan mendung diiringi angin yang sepoi-sepoi juga. Melencong ke Tiang Kembar laluan masuk ke Westport dan berlabuh di tiang sebelah tepi. Ikan pertama dibawa naik, Kerapu :)


Umpan beliak mata memang berkesan untuk spesis ni. Hampir terlepas kerana masuk ke celah tiang, bersusah payah menarik keluar, akhirnya naik ke sampan :) Ditambah joran lembut casting, seronok melayan. Ketika ini Gerut-gerut dan Bebolos juga mengena kail kami. Kemudian berpindah ke tiang tengah, gelombang semakin kuat tetapi anehnya semakin ramai yang menjaring. Memang cukup hebat diorang ni, dari jauh kelihatan kipas enjin terangkat-angkat dipukul gelombang. Kami berpindah ke Selat Kering dan memancing di sangkar, hanya ikan Gelama dan Duri dinaikkan.



Masuk ke anak sungai dan berlabuh di simpang "Y" anak sungai yang dalam sedepa dan belakang sikit bot sedang menjaring :) Namun walaupun cetek tetapi jernih dan ikan begitu galak memakan umpan. Seekor Senangin berjaya melepaskan diri dari mata kail saya dengan jayanya. Siap "summer Salt" lagi atas air, bukan rezki saya. Eboi, Acid dan Samat bergilir-gilir merentap joran. Bebolos, Gerut-gerut, Gelama dan Tetanda menjadi habuan mereka. Seekor ketam besar juga berjaya meloloskan diri dari mata kail Eboi :) Tangguk tak ada...


Pancing jaring Tilapia untuk tangkap ketam, tapi Bebolos pula yang kena hahahaha!



Ikan Sebelah Eboi, dapat 2 ekor pula, dah jadi sekor Ikan Sebelah :P

Ketika air mula keruh, kami berpindah keluar dan menuju Labuhan Gurap tetapi hampa kerana air sudah mula laju. Namun, beberapa ekor Semilang berjaya di naikkan. Hasil kerja tangan si Eboi lah ni. Tiada Gelama pisang di naikkan. Berpindah ke Pantai StarCruise, beberapa ekor Gelama dan Tetuka berjaya dibawa naik.


Berpindah ke Tiang 4 Sarang Lang, arus dah pun laju. Makin ramai pula bot menjaring. Kami berlabuh 10kaki dari tebing dan melontar umpan di tepi saja. Beberapa ekor Tetanda, Gelama dan Tebal Pipi memakan umpan kami. Perumpun, anak ikan potong dan udang potong pun dimakannya. Beberapa kali tersangkut ke reba sebab ikan melarikan umpan bila lambat merentap jorang. Beberapa biji batu ladung berjaya disimpan untuk 10 tahun lagi. Koyak poket!



  
Tebal Pipi dan Tetanda banyak kat tebing ni, berlindung dari arus deras di kawasan reba kayu. Perlu hati-hati kat sini. Gelama pun banyak juga walau pun guna ikan potong.



Singgah di Tanjung Harapan membeli juadah berbuka, memancing diteruskan sehingga jam 9 malam. Air tinggi menyebabkan kami terpaksa menunggu kerana bot tidak boleh melepasi jambatan. Pendek kata trip kali ni puas dan penat sebab tak sempat berehat :) Setiap lokasi ada tarikan..