Sabtu, 26 Mei 2012

Trip Muara Kelanang 20/5

Gatal sangat nak mencari bahan untuk ditulis, cuba menjenguk muara sungai Jugra di Kelanang. Kawasan tersebut dulunya pot seronok mencari selewak dan siakap, telah bertukar wajah. Telah dibina kunci air dan parit terus ke sungai. Dibina pula tiang Peken(penanda bagi pelaut), terkejut juga sebab dah lama tak datang. Gerup seramai 5 orang sekampung bermula dari pantai Kelanang kemudian berpindah ke muara. Di pantai keadaan air keruh tanpa ada tarikan menarik, memaksa kami menukar pot lain. Hasil dari pot kedua adalah juga hasil tangkapan seperti gelama dan belukang. Di bawah antara gambar yang sempat dirakam.

 Buang hajat ke bro? huhuhu

 Keadaan air pasang maksima, terpaksa turun ke tebing..

 Belangkas ni pun makan umpan perumpum sarang, pelik tapi benar..

 Nak posing jugaaaaaaaaak...bagi can lah..

 Nuar dengan gelama nya..


 Eleh kecik aje tu..jadi lerr..

 Transport yang membawa kami..

Belukang terbesar hari itu..

 Brader dari tanjung Sepat ni pun dapat duri juga, 2 ekor lagi..

Mengikut katanya kawasan Tanjung Sepat ada satu kawasan pancing syok bleh tahan tangkapannya, tapi jauh nak masuk kedalam. Tak teringat pula nak minta number hp nya. Kawasan ini sebenarnya lubuk ikan siakap. Pernah la juga saya naikkan dalam 3kg kebawah, tapi umpan udang hidup pada waktu air mati tinggi. Mungkin masih ada lagi berdasarkan cerita dari mulut ke mulut.

Jumaat, 25 Mei 2012

Ikan Haruan Abg Emi..


Salam sejahtera buat semua pemancing di luar sana, terima kasih kerana sudi melawat blog kami. Malam semalam selepas kenduri tahlil arwah nenda tercinta, sepupu ku datang membawa ikan haruan yang baru ditangkap 3 hari sebelumnya. Saiz paling besar 1.5kg seekor, yang lain saiz biasa. Tak kecik tak besar, boleh tahan lah.

  Saiz macam ni memang susah nak dapat sekarang, lebih lagi kebanyakan kawasan lombong yang sudah dikuasai ikan toman.

Dek kerana ghairah sangat nak tengok, sampai basah terkena percikan air dari bekasnya. Katanya dalam bulan ni saja sudah 10kg yang berjaya dinaikkan. Umpan kodok dan waktu memancing sebelah malam. Gambar bawah ni kesemua tangkapan yang berjaya dinaikkan. Harga jualan Rm25 sekilo. Siapa berminat nak beli boleh la hubungi saya. Tetapi mengikut stok bekalan yang ada lah.


Berat keseluruhan tangkapan adalah 5kg. Kawasan padang pancing boleh dilihat menggunakan google maps, kawasan Jalan Kebun, Kelang. Saya dah pernah masukkan dalam blog ni, tetapi kawasan ni merbahaya sedikit, pernah pecah sebelum ni. Sesiapa yang berminat, pandai-pandai lah..




 
 

Ahad, 13 Mei 2012

Cabaran Joran GP 13/5

Hari ini kami ke pertandingan memancing GP Joran Sg Lang Sabak Bernam. Berikut gambar yang sempat di rakam kamera kami.

Jam 6 pagi sampai di lokasi untuk mendaftar..Semua dah siap dari malam nya lagi.. Sinaran lampu menyinari kawasan pantai..Siap pasang khemah dan ribut taufan pada malamnya. Ada yang siap letak batu bata dalam khemah! Nasib baik korang tak terbang sekali. Kesiaaaaaaaaaaaan...

Kenderaan yang diletak sepanjang pantai pertandingan.. Tiada kawalan lalulintas menyebabkan kesesakan ketika tamat pertandingan. Tandas kurang berfungsi, dan tempat solat kat kaki lima je. Di harap pihak penganjur buat penambahbaikan di masa akan datang. Kesiaaaaaaaaaaan kat kami :)


 Gelagat peserta yang mencuit hati.. Jiran yang sekepala dan toleransi, memang baik diorang ni.. Ada antaranya muka yang biasa kami jumpa di pertandingan yang lepas.


 Ramai beb, silang menyilang perkara biasa :) Pertandingan memancing bertukar menjadi pertandingan baling jauh dalam tak sedar hehehe.. Siap bunyik, pasang kekuda lagi..


 Keadaan air pasang ketika permulaan mengundang banyak tangkapan di bawa naik.. Gelama, Duri, Semilang, Tetuka menjadi mangsa para pemancing. Pari yang di warwarkan langsung tak tunjuk muka... Segala macam umpan digunakan untuk memikat ikan dalam air.. Jampi serapah tak payah cerita lah, nasib baik takde yang bakar kemenyan dan upacara pelik-pelik hehehe..


Tapi dalam parit ni lagi banyak ikannya, menggeramkan hati yang melihat. Kata diorang Bulan dan Tilapia pun banyak.. Cuba teka ikan apa yang menang? Belukang 790gram :) dengan hadiah Rm40,000! Saya ulangi Rm 40,000! Hampeh sebab sekor ikan pun tak sangkut kat pancing kami hahaha!


Sabtu, 12 Mei 2012

Tips Untuk Bakal Pemilik Bot

Masih lagi cerita pasal sampan :) Kepada anda yang berhajat nak beli sampan dan enjin, ini ada maklumat untuk anda..

Sebelum beli, fikir dulu,
  1. Ada duit tak? 
  2. Besar mane nak beli?
  3. Nak letak kat mana?
  4. Laut, tasik, sungai?
  5. Sape nak jaga?
  6. Simpan pengkalan ke bawak balik?
  7. Kos penjagaan enjin, sewa tapak, kos penjagaan?
Yang pertama kos nak beli sampan tersebut. Berapa budget yang perlu dikumpul dan berapa lama. Sahabat pemancing, harga bot bukan murah. Sebiji enjin 15 kuda sama harga dengan sebiji motor tau. Bezanya tiada insuran dan cukai jalan :) itu lah sebabnya kalau hilang susah nak dapat semula. Buat report pun tak guna. Nak bawa ke mahkamah pun susah, Kira lebur jelah...

Kemudian besar mana nak beli dengan kos yang ada. Kalau nak beli biar yang sesuai dengan kewangan. Bot ni ada yang baru dan terpakai. Kena pandai cari dan runding harga. Jangan sampai tertipu! Pastikan anda melihat secara live enjin tersebut dan mencubanya sekali. Ambil gambar semua bahagian enjin untuk mengelak penukaran part sebelum diserah. Tanya pada pemilik bot apa masalah enjin tersebut. Penjual yang baik hati akan memberitahu semua masalah yang ada. Risik lah maklumat tentang enjin tersebut dari rakan yang lain. Anda perlu tau setiap enjin yang telah anda beli dan duit bertukar tangan, tiada lagi gantirugi sekiranya enjin rosak keesokkan harinya. Jangan berhutang, beli bot kena cash, tiada ansuran bulanan. Kalau ada pun, lepas habis bayar baru dapat enjin atau botnya.

Pastikan bot anda sesuai dengan lokasi memancing. Contohnya, bot 12 kaki dengan enjin 5 kuda hanya sesuai di sungai atau pantai terlindung dari ombak. Bot 16 kaki dengan enjin 15 kuda sesuai di laut terlindung. 22 kaki dan 30 kuda sesuai di laut terbuka, selagi ombak tidak terlalu besar dan tekong pandai mengemudi.

Nak letak kat mana bot anda, sebab kebanyakan org yang memiliki bot berada berdekatan supaya senang nak intai tiap hari. Kalau anda duduk jauh dari pengkalan tersebut, banyak masalah akan timbul nanti. Bot ni kalau di kunci pun boleh hilang. Pencuri sekarang pandai dan berani. Ada kejadian bot dicuri depan mata pun tak sedar. Berikut tips bagi yang meletak bot di pengkalan:-

  • Masuk persatuan atau kelab jika pengkalan tersebut ada persatuan.
  • Bayar wang yuran persatuan setiap bulan untuk elakkan tapak di ambil orang lain.
  • Kenali ketua pengkalan dan berbaik-baik sesama ahli.
  • Berilah duit atau upah kepada orang yang boleh diharap di pengkalan tersebut, jangan kedekut. Mungkin dengan pemberian tersebut dapat selamatkan bot anda suatu hari nanti.
  • Berilah sumbangan kepada pengkalan untuk menunjukkan prihatin anda. Sebagai contoh baiki jambatan ke, tiang jeti ke.
  •  Sentiasa bantu membantu ketika ada masalah, sebagai contoh tolong timba air sampan kat sebelah bot anda. Ingat, allah melihat ape yang anda buat. Setiap pertolongan ada balasan walaupun kita tak sedar.
  • Mengenali setiap anggota ahli supaya senang berkomunikasi. Jangan gaduh-gaduh dengan perkara remeh temeh. Maklumlah kita ni manusia, selalu buat silap.
  • Jangan ganggu harta orang lain, contoh pinjam sauh tanpa beritahu ke, pinjam kole timba air ke, letak barang sesuka hati, benda kecil macam ni boleh keruhkan perhubungan sesama ahli.
Akhir sekali pastikan enjin dan bot diselenggara dengan baik. Jangan kedekut repair enjin, sebab kerosakan kecil boleh jadi teruk kalau tak dibaiki segera. Selenggara enjin memang tinggi kosnya. Jangan tunggu hingga rosak teruk baru nak hantar repair.



Jumaat, 11 Mei 2012

Bot Ku Tenggelam Di Pengkalan..

Memiliki sebuah bot memang idaman setiap pemancing. Tetapi adakah anda tau masalah yang biasa dihadapi setiap pemilik bot? Macam ni ceritanya... Katakanlah anda telah berjaya membeli sebuah bot, setelah berjaya ikat perut setahun, dapat bonus 5 bln gaji, siap kena leter dengan bini memasing :) duit pun dah cukup dan beli sebuah bot. Anggaran 16 kaki dan enjin 15 kuda untuk memancing. Bot tersebut di letak di pengkalan katakanlah di PortKlang tetapi rumah anda di Shah Alam. Nak di jadikan cerita, suatu hari anda dan rakan berhajat nak turun ke laut memancing. Setelah siap dan sampai di pengkalan, anda terkedu. Bot anda tiada di permukaan air :) yang nampak cuma tiang besi dan haluan bot dalam sejengkal terjulur dari air.. Ketika itu air pasang dan sebelah bot anda juga menerima nasib yang sama. Apakah perasaan anda agak nya?

Anda terlupa yang 2 malam sebelumnya berturut-turut hujan lebat dan anda mengharapkan ketua pengkalan menimba air dan telupa pulak nak bagitau. Ini adalah masalah besar yang biasa saya hadapi dulu ketika memiliki bot. Kos untuk selenggara semula enjin yang tenggelam memang mahal. Terpaksa buka semua, cuci karburator, dalam enjin(overhaul) untuk bersihkan sisa air dan mungkin lumpur kat dalam tu. Setelah buka gasket juga kemungkinan kena tukar. Pening...

Oleh kerana itu saya telah terfikir, adakah alat yang sesuai boleh di beli dan digunakan untuk selesaikan masalah ni. Tetiba terfikir satu idea dalam terpaksa, untuk buat pam air sendiri :) Di bawah ni saya tunjukkan prototaip yang saya buat..


Prototaip yang saya buat ni menggunakan pam oksigen udang yang biasa jual kat kedai pancing. Harganya dalam Rm20 masa tu. Modifikasi tambah kipas air dan suis otomatik. Hasil nya sangat efektif dan berfungsi dengan baik walaupun rupanya langsung tak cantik hehehe..


Alat ini berfungsi mengepam air hujan yang masuk keluar sampan secara otomatik. Ia akan berhenti sendiri bila tahap air mula turun dan air akan keluar sendiri. Ini menjimatkan tenaga bateri dan boleh bertahan selama sebulan jika kurang digunakan. Jika setiap hari, bertahan dalam 2 minggu. Untung nya alat ni bateri yang digunakan cuma saiz D 2 biji je. Benda ni telah hilang bersama bot saya yang telah hilang. Sehingga ke hari ini, masih belum ada prototaip macam ni dalam pasaran. Tak pasti kenapa, tapi yang ada menggunakan kuasa bateri 12watt dan manual bukan auto. Tertumpu hanya pada bot besar dan mewah. Terfikir pula untuk buat semula idea ni. Saya ingat nak buat dalam 5 unit dan nak bagi cuba pada pelawat blog terpilih :)







Salam kepada semua rakan pemancing budiman. Minggu ni air mengecik pada malam minggu, tapi malang poket kosong untuk kelaut :)..Tak mengapa, lain kali boleh pergi kalau panjang umur. Ada banyak pot mancing lain yang tak banyak keluar belanja tetapi masih menyeronokkan. Kali ni saya nak sentuh pasal perambut yang biasa digunapakai di padang pancing.

Perambut pertama biasa saya gunakan di kawasan tebing untuk mencari Gelama atau Bebolos di kawasan cetek. Kurang sesuai untuk atas bot sebab mata kail akan berbelit pada tali utama. Untungnya pakai perambut ni, ikan bole kena 2 ekor sekali :) tapi kalau tak pandai, inilah perambut penghabis umpan yang terbaik! Ape tidak nya, sekali baling 2 mata 2 umpan. Agak membazir jika umpan udang hidup. Jika udang potong atau perumpun takpa. Sesuai untuk ikan kecik je ni..
Yang ni pulak saya biasa guna untuk pertandingan, atau di kawasan yang potensi sangkutnya tinggi. Tali rafi kat sebelah bawah bertujuan supaya senang batu ladung putus kalau tersangkut. Memang tujuan nya untuk sangkutkan batu bagi tak hanyut sebab kawasan batu banyak ikan main. Ikan dapat dinaikkan tanpa halangan. Kebanyakan nya batu ladung ni yang buat sangkut. Dalam pertandingan ikan sangat berharga. hilang batu takpe, jangan hilang ikan.



Yang ni pulak Perambut batu hidup untuk udang atau ikan. Sebabnya dipanggil batu hidup ialah, batu ladung boleh begerak tanpa ganggu tali utama ketika ikan makan umpan. Bila ikan makan dan tarik tali, kita boleh salurkan kuasa sentapan terus pada mulut ikan tanpa di ganggu berat batu ladung. Ini sebahagian dari beberapa jenis yang saya gunakan lah. Walaupun kadangkala nampak pelik tetapi berguna :)



Senyum Jep jgn tak senyum..

Pada trip lepas, Jefri, rakan pemancing yang menaiki bot lain telah berjaya untuk trip yang julung kalinya. Mengikut info yang saya terima, sewa bot Rm650 bagi pulau Ketam dan sekitarnya. Manakala Rm750 jika ke Pulau Angsa dan sekitarnya. Berikut hasil tangkapan yang berjaya dibawa naik..



Umpan yang digunapakai ialah Kurita, udang hidup dan perumpun. Rm50 perumpun pun tak cukup katanya. Sewa mahal tapi berbaloi takpelah, lagipun ikan dalam air kan.


Rasanya memang berbaloi kalau macam ni kan. Bot ini kata Jep dilengkapi kemudahan sonar/gps, tempat duduk yang selesa bersama bekas umpan setiap satunya, dapur untu masak, set gen penarik sauh, muatan 7 org dan tekong Joe yang mesra. Kalu nak tau lebih lanjut, boleh la tanya pada Jefri yang ikut serta dalam trip ni. No tel 0129914882.. Hah jage yop, tak habis ko angkat call nanti hahaha!

Khamis, 10 Mei 2012

Trip 29/4 Pesta Duri!

Trip yang membawa 6 org pemancing dengan menyewa bot Rm350 turun dari Cindayu, Pulau Indah. Nak di pendekkan cerita, bot memang cantik, besar selesa dan laju. Hampir nak tercampak bila langgar ombak, Jangan ko buat lagi Lan, menyelam kita karang. Pot pertama DryBulk Westport, Gelama, Duri, Semilang. Tarik tiang pun ada :) .. Pindah ke seberang, gelama, duri, pindah lagi...Hingga ke pulau Ketam, gelama, Duri, Tetuka, hinggalah sangkut di beting pasir. Sangkut tali sauh di sangkar dan Myk habis... Pendek kata hari tersebut memang tak dapat ikan baik. Gambar pun tak sempat ambil. Nasib nasib... Sabau je lah... Tak pasti kenapa, mungkin air masih belum sesuai atau tekong yang tak pandai. Walau apepun, semua rezki dari Allah.. Takpelah, nak cuba minggu ni pulak, tengok ada hasil tak..