Jumaat, 27 April 2012

Trip Mengejut 22/4

Buat pertama kalinya adik iparku turun kelaut bersama dengan menyewa bot. Entah macam mana ada pulak bot kosong hari tu dan sesuai dengan budget kami. Rm180+myk, udang jala sendiri. Hampir jam 12 tengahari baru bertolak bersama kami Si Akip anak sedara Lan kalau tak silap. Buat pertama kalinya turun bersama untuk memancing. Tangkapan boleh tahan, yang tak tahan nya semua dapat pada orang yang sama :) Nanti saya akan masukkan gambar semua trip tersebut. Banyak perkara mencuit hati memancing dengan ahli baru ni. Pertama kali dapat ikan besar, walaupun tak besar mana dengan muka pucat dan tangan menggigil nya hehehe.. Nanti kita cuba lagi ye, kita tarik ikan buntal besaaaaaaaaaaaaaar punya!..

Rabu, 18 April 2012

Siakap Dalam Longkang! :)

Haruan yang di buru, siakap yang kena...

Ini cerita bukan rekaan dan dongeng tetapi benar-benar berlaku. Salah seorang pemancing kami telah mendapt sekor siakap kurang 1kg dalam longkang tepi paya. Lokasi nya di paya sekitar kawasan Bandar sultan Sulaiman. Siakap ni berjaya di tipu dengan umpan kodok! Hahaha macam tak percaya. Nanti jika ada kesempatan saya akan pergi ke lokasi ni untuk memastikan ceritanya. Mengikut maklumat yang saya dapat kawasan ini masih belum di teroka. Tilapia pun besar-besar katanya, takpe, nanti kita pergi tengok...

Trip Rumah Rakit Telok Gong



Rumah rakit Telok Gong lokasi terbaru saya kunjungi.. Kedudukan berada di kawasan selat terlindung berhampiran jambatan Pulau Indah. Rumah Rakit ini di lengkapi kemudahan lampu, tandas, dapur, malahan tv dan cd nye sekali amatlah menyenangkan hati. Macam kat rumah sendiri je..

Kat depan tu jambatan Pulau Indah..



Hasil tangkapan adik iparku ketika kami sedang lena dibuai mimpi.. Iye ke dapat ni, ntah-ntah pakai jala tak :)

Saiz ikan gelama yang terdapat di sini..Maaf sebab gambar kurang jelas..


Ini sepupu ku yang dah lama tak jumpa.. Saja suka-suka nak cuba..

Pendek kata kawasan ni ada ikan, cuma kurang sikit. Mungkin faktor air atau kawasan menyebabkan ikan kurang di kawasan ini. Tidak jauh dari sini kita boleh nampak jambatan Pulau Indah. Jika menghala ke belakang, kita buleh nampak Laguna Bay yang kami pergi sebelum ni. Hasil keseluruhan, gemang sekor, duri dan gelama pisang..

Trip Laguna Yang sungguh hampeh!

Kate orang tak cuba tak tahu, jadi kami pun cubalah juga.. Oleh kerana ajakan adik ipar untuk memancing, tergerak pula hati untuk mengikut. Lokasi dipilih adalah pulau indah, memang cantik..Kawasan memancing nya siap jeti yang selesa dan menenangkan. Bersih dan selesa tetapi agak sesak jika terlalu ramai. Sesuai untuk bersantai bersama keluarga.

Posing untuk hilangkan bosan..


Perumpun Rm5..


Adikku pemunya blog dazzledaniastuff.blogspot..


Pendek kata kawasan ni memang kurang sangat ikan. Dari datang sampai lah balik, tiada sekor pun yang menjamah umpan. Kawasan ini terkenal dengan aktiviti menjaring udang. Udang memang banyak lah kat sini. Jika menjala di tebing nya, untuk mencari umpan boleh. Untuk memancing memang tak sesuai..

Sampan Hampir siap...

Minggu ni kerja menampal gam dan fiber glass telah pun hampir siap.. Berikut gambar buat tatapan rakan-rakan pemancing.. Jangan gelak wooo...

Kesan sambungan yang belum dirapikan lagi, kena tampal kain lagi ni..


Belah belakang ni masih belum siap, kena tunggu yang atas kering. Bila dah kering baru tampal lagi dengan gam dan kain fiber. Lagipun gam fiber dah tinggal sikit je. Tampal mana yang penting dulu, yang sikit-sikit kemudian tampal...

Rabu, 4 April 2012

Mengintai CarWash Ayahku..

Sejak bapakku berpindah ke Telok Gong, dah pencen lah katakan. Jadi dapat beli rumah kat sini. Walau pun bermacam dugaan terjadi, akhirnya dapat lah juga rumah baru dan suasana baru :) Di sini dia bukak cuci kereta.. Ni nak promote lah ni hahaha.. Lokasi nya di jalan utama Kg Nelayan Telok Gong.. ADD Carwash di beri nama.. Jadi sesiapa yang melalui kawasan ini atau balik mancing ke singgah la cuci kereta kat sini..


Boleh tahan ramai pelanggan nya.. Macam ni rupanya cuci kereta, al-maklum lah tak pernah kerja cuci kereta. Cuci motor pun 3 bulan sekali :P.....

Panas nyeee... Sinaran matahari petang yang membakar kulit..


Pekerja yang sedang menjalankan tanggungjawab.. Alhamdulillah, semoga anda semua dapat rezki halal dan berlipat ganda di sini..


Cucian termasuk vakum sebelah dalam..

Semoga perniagaan ini lebih diberkati, di berikan berkah dalam penghasilannya.. Insyaallah jika ada masa saya juga akan membantu...

Selasa, 3 April 2012

Melayan Rasa 1/4 Pantai Kelanang-Jugra

Salam sejahtera kepada semua rakan pemancing, minggu lepas saya ke Pantai Kelanang untuk menguji teori ikan tak makan pancing. Kalau letak jaring bersusun senangin dan gelama papan, tapi bila di pancing sekor pun tak menyangkut. Kata dioranglah, pada saya biar di uji dulu..
Mengikut pengalaman saya, kebanyakkan ikan baik yang masuk ke jaring adalah ketika air mati. Dengan syarat jaring di 'Tagan" atau dibiarkan selama air naik pasang dan surut semula.

Inilah pantai Kelanang.. Tempat kami selalu bersantai dan mencari lauk terdesak :)

Berbekal perumpun yang dibeli di kawasan kampung rm5 dan pancing 14kaki, saya menuju ke lokasi. Perumpun urat katanya, Rm5 kat sini macam Rm10 kat PortKlang. Banyak lah juga..Tiba di lokasi pada jam 12 tengahari, keadaan air mati hampir maksima. Cuaca pada mulanya elok dan panas, selepas melontar makan bekal dulu :) Nasi+Ikan Cencaru Berlada+daun Ubi rebus, hmmm sedap betul...Dua mata dalam 1 perambut gantung, sepanjang 3 kaki, batu saiz 8, joran 14kaki. Lenguh nak lontar sebab panjang sangat. Berat pun ia juga.. Susah nak jangka ikan makan kerana keadaan pantai yang berombak, agak-agak begoyang lain macam je terus tarik joran. Hasil nya? Mengkerong 2 jari 2 kali dapat, sekor ketam 3 jari dilepaskan semula ke laut. Dalam jam 1 lebih naik sekor gelama papan.

Boleh tahan la, saiz masuk jaring...



Boleh tahan lah besar tapak tangan. Biasa kalau pasang jaring besar lagi dari saiz ni. Lepas je dapat gelama, ribut pun melanda! Angin dari arah laut bertiup kencang, ombak semakin kuat, saya berpindah ke Jugra.


Ketika sampai, air sudah mula surut dan bergerak keluar ke muara. Nak lontar jauh serba salah pulak, cuba dekat dulu.


Siapa punya kerja lah ni. Kepada rakan pemancing yang budiman, lepaskan semula ikan yang tidak diambil, supaya ia boleh hidup semula. Hargai sumber yang ada, jangan bazirkan macam ni.. Yang panjang tu ikan Malung dan sebelah nya ikan Duri.

Balingan pertama, gelama :) adelah dalam besar 2 jari. Kedua ketiga pun sama juga. Ikan sama dan saiz yang sama. Oleh sebab kat tepi banyak gelama, cuba pulak lontar ke tengah. Letak saja pada kayu, joran terus melentur. Paham jelah joran panjang ni melentur bukan main padahal kecik je ikannya. Bila rentap ikan terus lompat kepermukaan.

Jadilah, ada juga pengubat rindu :)



Senangin!!! Wau menarik! Dah macam kat laut lepas pulak :) Oleh sebab joran panjang, nak menaikkan ke tebing mak ai, payah betul! Hahahahahaha!


Kitang ni pun jadi mangsa jugak...

Kawasan seperti ini kegemaran ular dan serangga, hati-hati ketika meredah atau duduk berhampiran pokok bakau. Ular suka lepak kat kawasan ni..


Kebanyakan kawasan di sini adalah paya bakau, jadi anda perlu berhati-hati jika nak duduk-duduk kat tepi pokok. Banyak bahayanya.. Pastikan kawasan selamat sebelum duduk atau berjalan..