Selasa, 21 Februari 2012

Mancing lombong pun jadi laaa...

Minggu yang lepas kami meredah satu lokasi lombong tinggal di kawasan jalan kebun. Menarik lah juga, haruan dan puyu. Pakai joran dan umpan kodok. Lame tak pegang menatang ni. Hasil ajakan sepupu lah ni..

Kodok ni tangkap sendiri :) Ni lah hasil nya.. Walau pun kecil tapi puas hati lah sebab datang pun tak lengkap segalanya.















Bukan setakat kodok, cengkerik pun dapat haruan. Tengok ni..



Selain haruan puyu pun banyak kat sini..

Boleh lah buat lepas geram..

Isnin, 20 Februari 2012

Buku Lubuk Untuk di jual!

Kedudukan lubuk di kawasan sekitar perairan Port Klang, beserta gambar dari google maps dan keterangan berkaitan lokasi, umpan, cara memancing. Harga Rm5 dan bayaran melalui topup. Buku akan dihantar melalui E-mail anda. Berminat sms nama dan alamat e-mail anda ke 017-3305215.

Tip Memancing Untuk Anda.

Anda seorang pemancing? Ape agaknya cara paling baik nak memancing kat sesuatu pot? Kalau nak tau, memancing ni bukan calang-calang aktiviti tau. Ilmunya, kosnya, masanya, semua kena cukup. Barulah boleh jadi pemancing hadalan :) Di sini saya beri tips macam cara nya...

  1. Kenal pasti tempat tersebut.
  2. Peralatan yang sesuai
  3. Umpan yang sesuai
  4. Masa dan waktu sesuai
  5. Laut? Darat? Menyampan? Lalu tebing? Kelong?
  6. Kosnya

Tidak ada pemancing otai yang akan terus memancing tanpa korek maklumat terlebih dahulu. Biasanya kami akan survey dulu tempat tu sebelum pergi. Tanya pada orang yang pernah pergi dan cara apa yang digunakan. Kalau melalui tebing, tanya pada pemancing yang biasa datang ke situ. Kalau menyampan, tanya pada nelayan tempatan. Yang biasa menjaring dan merawai dah tentu tau apa yang ada kat kawasan tu. Rajin-rajinlah menjengah ke kotak ikan yang dibawa. Ada banyak maklumat kat dalam tu :) Penjual umpan juga banyak maklumat tentang sesuatu lokasi. Sopan-sopan dan rajin-rajin lah bercerita. Pura-pura anda memang tak tau memancing. Namun hati-hati, kadang-kadang banyak maklumat palsu kalau melalui cerita mulut ni. Ikan selengan boleh jadi sebetis :) Biaselah, menghangat kan suasana.

Pernah melalui pengalaman kami, memancing dengan kawan-kawan yang masih amatur dan kurang ilmunya. Bayangkanlah, memancing kelaut bawa usus ayam. Ada yang lagi pelik, memancing di lombong tinggal bawa udang pasar. Semua nya gara-gara tak mahu menimba ilmu dan sikap sombong tunjuk pandai.

Kemahiran mengumpul maklumat berkaitan masa sesuai sangat penting lebih lagi jika kelaut. Kalau anda perasan, tekong otai dia tak kelaut sesuka hati. Kadangkala sebulan hanya sekali untuk menunggu waktu sesuai untuk memancing. Tak macam kita, hari-hari turun! Baik hari cerah, hujan ribut, air besar, air kecik, semua main bedal aje. Bila lihat pada hasil tangkapan, si otai ni dalam tempoh 4jam lebih banyak dan lebih besar tangkapannya dari yang kita dapat. Inilah bezanya antara pemancing amatur dengan pemancing berpengalaman :)

Salam Tahun Baru 2012

Selamat tahun baru kepada semua pemancing tegar dan pemancing amatur kawasan Port Klang dan Seluruh Malaysia. Dah lama tak menulis untuk blog ni, kurang kesempatan nak kelaut sekarang ni. Ada lagi ke ikan kat situ? Ada kot :)....

Walaupun tak kelaut, cerita bakar membakar dari rakan lain sentiasa menjalar di telinga ni. Sabar je lah yop! Mengikut kata Tekong Sharil, agak kerap Merah dan Pari di naikkan di sangkar pulau Ketam. Hampir setiap kali air mati membuahkan hasil. Namun dia tidak lagi membawa penyewa kerana sekarang dia hanya menggunakan sampan rakan sahaja. Dalam blog ni ada saya letak gambarnya. Rajin-rajin la carik :)...

Walaupun tidak kelaut, ada juga memancing di tasik-tasik dan lombong tinggal berdekatan. Sungai pun dah kurang di jengah. Balik-balik udang mabuk je. Tak tau lah sampai bila hal ini akan berterusan. Kepada kaki-kaki tuba, harap-harap lah bertaubat. Kepada pihak berkuasa tempatan, tingkat kan lah pemantauan kpd kilang-kilang berdekatan sungai. Nak tuduh pun siapalah kita ni, tanpa bukti sahih semua takkan menjadi.

Nanti sekiranya berkesempatan, saya akan letakkan gambar terbaru saya memancing sekitar kawasan berdekatan. Tapi ada sesetengah tempat terpaksa saya rahsiakan. Mengamuk orang kampung yop! :) Ada lombong yang penuh dengan tangkapan puyu nya, haruannya yang besar-besar dan tilapia yang masih banyak. Hanya dengan teleskopik sahaja, baldi dah penuh. Nanti lah saya ceritakan.. Kepada rakan pemancing yang lain, teruskan aktiviti memancing anda. Hati-hati kelaut dan Sentiasa peka dengan persekitaran anda. Selamat memancing!