Sabtu, 26 Disember 2009

Trip memancing 24/25 Dis(Lemau)






















Cuaca mendung yang tidak menentu menghalang kebanyakkan aktiviti memancing di laut. Perkara yang sama berlaku pada kami di perairan Port Klang. Hujan lebat pada sebelah petang di Lembah Kelang menyebabkan air tawar bergerak masuk ke laut melalui sungai. Namun aktiviti memancing yang telah kami rancang tetap diteruskan. Pada kali ini, saya(si pari-pari), ijam(si tangan patah), Jemik(komando sungai), Eboi(Tokey ayam) dan Abg Amer mencuba nasib menduga lubuk di padang pancing. Seperti biasa, udang hidup sebanyak 200 ekor diperolehi dari sg buaya. Bergerak ke pengkalan di Jambatan Pulau Indah, kami sampai lebih awal. Setelah berurusan dengan tauke bot En Isa, kami memulakan perjalanan ke lubuk pertama di muara sungai Labuhan Gurap. Tiada tangkapan di naikkan dan kami mengubah hala ke boya merah di laluan kapal. Keadaan air pada waktu ini adalah air pasang mati mulai surut. Keadaan arus perrrgh, tak hengat. Oleh kerana kebanyakkan kami menggunakan batu besar saiz 9 dan tali sulam halus, keadaan dapat di atasi. Yang mana hanyut tu, tambah lagi satu batu hehehe. Masa menunggu tak lama, senangin pertama ijam berjaya dinaikan! Tarikan kecil yang terlepas beberapa kali akhirnya menyangkut juga di hujung kail. Nasib baiklah ada tangguk Rm20 yang di bawa Abg Amer. Sebelum itu, Yu Cicak menjadi bahan gelak terkotak-katik dihujung mata pancing kami. Saya juga berjaya menaikkan seekor malung yang nyaris-nyaris terlepas tetapi berjaya ditangguk masuk ke dalam bot. Susah juga nak tangguk ikan Malung ni, sebab biasa pakai gancu je. Dua tiga kali terlepas keluar apabila cuba diangkat masuk ke bot. Sebelum arus mula menghilang dan air bergerak keluar, Eboi juga berjaya menaikkan Tetuka dan Pari yang dikongsi bersama Abg amer. Kongsi?? Ye lah, joran dua batang, tangan satu je, maka terpaksalah minta bantuan orang di sebelah. Lubuk ni nampaknya memang berisi walaupun arus laju. Maka teori yang selama ini saya gunakan memang tepat. Kebanyakan lubuk yang memberi hasil baik, biasanya ketika keadaan arus laju. Ini terbukti apabila ikan kurang aktif makan ketika arus mulai tenang.

Rabu, 23 Disember 2009

Rakan seperjuangan sekitar pulau ketam

Ini kawan lama kami, En Shahril.. Dari tak pandai menjala, sekarang dah jadi tekong sangkar Pulau Ketam.. Tahniah ril.. Semoga ko akan jadi lebih hebat di masa akan datang..



Pssst.. Taknak masuk Cabaran Tanjung lg ke?? Mane tau kita bleh menang lg..huhuhu








Video ni hasil dari kerja tangan member Pengkalan Pendamar. Siakap casting Rapala.. Macam x caya pulak kat situ banyak siakap.








Sabtu, 12 Disember 2009

Trip Memancing 10/12 Dis (Penantian)

Trip memancing kali ini adalah yang terbaik setakat untuk tahun ini. Penantian selama 3 tahun tidak turun ke laut, akhirnya membuahkan hasil yang selama ini dinantikan. Bergerak dari banting bersama saya(Si Pari-Pari) Ijam(si tangan patah), Jepri(si mabuk laut), Nano, Gejet dan seorang lagi pemancing akan turut serta selepas jam 12 mlm melalui Tanjung Harapan.


Mengambil umpan di tempat biasa Kolam udang di Kg Bandar Sg Buaya kami jadikan pembekal tetap udang hidup kami. Harga yang murah dan layanan mesra tuan
kolam memudahkan lagi urusan kami. Oleh kerana udang kali ini 300 ekor, 2 kotak polistrin terpaksa digunakan untuk meminimumkan kematian udang. Saiz udang kali ini ialah 3inci dan sebagai tambahan, udang pasar 1 kilo. Setelah berhempas pulas dengan masalah pam oksigen yang tidak berfungsi, akhir nya berakhir juga kekedai pancing berdekatan. Beli baru, senang cerita. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam menaiki kereta gejet, akhirnya sampai ke pengkalan Jambatan Pulau Indah. Selepas kene sergah dengan En.isa kerana terlambat, kami terpaksa membeli minyak(22ltr) sendiri di pekan Pelabuhan. Jam 10.30 mlm kami bertolak ke lubuk sambil menunggu ketibaan abg janggut(en.Zainal).

Lokasi pertama kami ialah muara sungai Labuhan Gurap. Setelah 10 minit menanti tanpa ada sentuhan, kami berpindah kebahagian tengah. Ketika ini air pasang mati telah berada dikemuncak. Hampir 5 minit menunggu, gejet membuka tirai dengan menaikkan seekor sirat-sirat! Mane-mane pegi asyik sesirat je yang makan, kesiaaan :) tiada ikan kecil menyentuh umpan. Dalam sibuk-sibuk termenung, joran tekong yang baru dibeli melentur dan tali terus di tarik keluar. Keadaan menjadi kelam kabut apabila joran yang dipacak tidak dapat ditarik keluar! Bukan nak menolong tp kawan-kawan pakat gelak. Setelah joran dapat di angkat, ikan masih kuat menarik tali dan keadaan joran seperti mematuk-matuk. Tak sampai 2 mnit, tali menjadi kendur semula. Aisey, putus pulak! Tali sulam baru beli pulak tu. Inilah yang dikatakan "tiada rezki". Oleh kerana seorang lagi pemancing hampir sampai, kami berpindah ke Tanjung harapan.


Sambil menunggu kami melabuh umpan dan nano mendapat seekor malung. Adelah dalam 1kg.. Sesudah mengambil ahli yang terakhir, aktiviti memancing diteruskan. Tiada tangkapan besar dapat dinaikkan sehingga ke pagi. Cuma beberapa kejadian yang tak diingini berlaku, termasuklah tersangkut rawai pada sebelah malam mengakibatkan joran ijam patah dan enjin rosak pada sebelah pagi kerana tali starter tercabut. Keadaan panik ketika mendayung keboya berhampiran kerana sauh hanyut. Nasib baiklah sebuah bot Pilot datang membantu menarik bot kami dan memberikan spana untuk membaik pulih enjin. Terima kasih kami tidak terhingga atas jasa baik mereka. Cuma tuhan yang mampu membalas nya.


Patrik Star(tapak sulaiman) makan pancing abg janggut!








Nak potong sikit sangat, akhirnya kemeja makan! Semua dapat rasa..


Tangkapan terakhir yang sempat dirakam.